Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Filem Akira Arahan Taika Waititi Kini Sedang Mencari Pelakon berketurunan Asia / Jepun

Nampaknya peminat-peminat manga / anime Akira tidak perlu risau mengenai masalah ‘whitewashing’ dalam filem live action Akira terbitan Warner Bros. Menurut senarai ‘casting call’ yang dikeluarkan laman Backstage.comWarner Bros. kini sedang mencari pelakon berketurunan Asia dan Jepun untuk membawakan beberapa watak utama filem tersebut.

Beberapa nama karakter telah ditukar, tetapi berdasarkan diskripsi watak, peminat boleh mendapat sedikit maklumat awal mengenai karakter-karakter dalam filem Akira. 

Taika Waititi yang akan mengarahkan filem ini pernah berjanji bahawa para pelakon dalam filem arahannya ini akan dibarisi pelakon-pelakon berketurunan Asia/Jepun. Dia telah mengotakan janjinya itu.

Filem ‘live-action’ Akira ini akan berlatarbelakangnya di bandar futuristik yang dikenali sebagai New Manhattan. Ia akan mengisahkan tentang ketua kumpulan motorsikal yang perlu menyelamatkan sahabatnya, yang telah dijadikan bahan ujikaji oleh pihak kerajaan.

Penggambaran akan dimulakan tidak lama lagi dan bertempat di California. kos pembikinan filem mungkin mencecah lebih $90 juta dolar.

Akira akan menemui penonton pada 21 May 2020

Related posts

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

DC FanDome: HBO Max Lancar Trailer Peacemaker, Tarikh Tayangan Diumumkan

Kakimuvee

DC FanDome: Video Shazam! Fury of the Gods Tunjuk Lucy Liu & Helen Mirren Sebagai Penjahat

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer Black Adam Pamer Dwayne Johnson Sebagai Anti-Hero Utama

Kakimuvee

DC FanDome: Lebih Dari Satu Flash Serta Supergirl & Batman, Antara Yang Digoda Dalam Trailer Pertama The Flash

Kakimuvee

DC FanDome: Trailer The Batman Papar Sisi Gelap Robert Pattinson Sebagai Bruce Wayne

Kakimuvee

Leave a Comment