Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Asia

Filem Adiwira Indonesia, Gundala Bakal Menemui Penonton Tempatan November Ini!!

 

Bagi yang menantikan filem Gundala, ini berita baik buat anda. Filem adiwira pertama yang membuka Jagat Sinema Bumi Langit / Bumi Langit Cinematic Universe iaitu Gundala, dijangka akan menemui penonton tempatan mulai 7 November ini.

Filem arahan Joko Anwar (Pengabdi Setan) ini akan mengisahkan tentang Sancaka (Abimana Aryasatya) yang hidup keseorangan di pinggir bandar setelah ditinggalkan orang tuanya.

Sancaka belajar hidup sendiri demi memastikan keselamatan dirinya. Pada suatu malam, Sancaka disambar petir dan perkara itu telah menjadikan kekuatan kepada Sancaka kerana hidupnya penuh keresahan atas realiti kehidupan yang penuh dengan ketidak adilan.

Gundala turut dibintangi Tara Basro sebagai Wulan, Ario Bayu sebagai Ghazul, Cecep Arif Rahman, Rio Dewanto, Muzakki Ramdhan dan pelakon terkenal Malaysia, Bront Palarae yang akan memainkan peranan sebagai penjahat utama iaitu Pengkor.

Filem yang diadaptasikan dari karakter komik Gundala ciptaan Harya “Hasmi” Suraminata ini telahpun ditayangkan di Indonesia pada 29 Ogos yang lalu dan telah mencatat jumlah penonton sebanyak 1 juta orang.

Related posts

Jangan Lupa Saksikan Musim Terakhir “Snowdrop” & Menangi Poster Yang Ditandatangani Oleh Jung Hae-In & Jisoo.

Kakimuvee

CEO Netflix Sahkan Musim 2 “Squid Game”

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

Netflix Dedah Gambar Terbaru Seohyun Dari Filem “Love and Leashes”

Kakimuvee

Leave a Comment