Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Filem Adaptasi Komik Kartini Bakal Dihasilkan

Sumber gambar: psittacula.wordpress.com

Bagi pengemar siri komik Kartini, satu berita baik untuk anda. Sebuah filem adaptasi komik tersebut bakal diangkat ke layar perak tidak lama lagi dan akan diarahkan oleh pengarah hebat Al Jafree Md Yusop.

Menurut pengarah tersebut, skrip filem tersebut 100% dihasilkan oleh arwah Tembakau tanpa sebarang pindaan dan pihaknya kini sedang dalam persiapan akhir sebelum penggambaran bermula.

“InsyaAllah, penerbit filem akan buat pengumuman rasmi tak lama lagi. Skripnya ditulis sendiri arwah Tembakau tanpa sebarang pindaan. Seratus peratus adalah idea arwah. Manakala, saya pula diminta oleh Tembakau untuk mengarahkan filem itu selepas arwah menonton telefilem Melur vs Rajawali arahan saya,”

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai filem tersebut belum dapat didedahkan lagi buat masa ini dan akan diumumkan menerusi satu pengumuman rasmi nanti.

Dalam pada itu, mengenai pemilihan pelakon pula Al Jafree berkata senarai barisan pelakon yang akan membintangi filem ini masih lagi belum boleh dikongsi kecuali Eric Fuzi yang akan membawa watak sebagai Aryon.

Sementara itu, Eric yang merupakan ahli kumpulan Floor 88 pula mengakui dipilih oleh arwah Tembakau untuk membintangi filem tersebut, namun masih lagi belum menandatangani sebarang kontrak.

Tambahnya lagi, dia menerima watak ini kerana merasakan watak Aryon sangat menarik.

Sumber: Cinema Online / Harian Metro

Related posts

Pengarah Mamat Khalid Meninggal Dunia

Kakimuvee

TAYANGAN DRAMA ‘HATI YANG DIKHIANATI’ DISAMBUNG SEMULA MULAI 22 OKTOBER 2021

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

Zul Ariffin Sudah Berubah Dalam Trailer Rasmi Penunggang Agama 2

Kakimuvee

Telefilem Cinta Ramadan & Drama Sekuel Danny Angkat Tema Cinta Tulus Penuh Keinsafan Mulai 8 Oktober Ini

Kakimuvee

Ada Hantu 2 Kini Sedang Dalam Pra-Produksi

Kakimuvee

Leave a Comment