Slot Tempatan

Filem ADA APA DENGAN DOSA Akan Terus Ke Rumah Anda Menerusi Astro First

Views

Selepas Manap Karaoke dan Syif Malam Raya, satu lagi filem tempatan bakal ditayangkan terus ke kaca televisyen penonton.

Filem Ada Apa Dengan Dosa arahan Rahila Ali bakal ditayangkan di saluran televisyen berbayar iaitu Astro First pada 4 Jun 2020.

Ada Apa Dengan Dosa sepatutnya ditayangkan dipawagam pada 24 September ini, tetapi disebabkan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bergerak (PKPB) oleh kerajaan menjadi faktor perubahan tarikh dan plaform tayangan.

“PKPB masih bersambung dan situasi jangkitan virus COVID-19 masih tidak stabil. Saya melihat keadaan ekonomi dalam kalangan penggiat industri filem tempatan akan mengambil masa untuk pulih, malah ramai pekerja filem yang sudah tiada pekerjaan.

“Pihak kami juga perlu mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) keselamatan dan kedudukan kewangan masyarakat. Menunggu keadaan ekonomi kembali pulih seperti sebelum ini dalam jangka masa pendek bukanlah perkara mudah.

“Oleh yang demikian, saya sebagai penerbit filem terpaksa memutuskan apa yang terbaik untuk filem ini walaupun ia keputusan yang tidak mudah,” ujar penerbit Pencil Pictures And Records, Dato’ Ayu Puteh dalam satu kenyataan.

BACA:  Monsta YouTube Network Melangkaui 10 Juta Langganan

Filem berkonsepkan Islamik ini dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Ashraf Muslim, Fasha Sandha, Wanna Ali, Haris Ismail, Fauziah Nawi dan Adam Corrie.

Tinggalkan Balasan

shares