Figura Terbaru Avengers: Endgame Mungkin Mendedahkan Spoiler

153
views

Setiap kali filem-filem dikeluarkan terutamanya filem adiwira, pasti mereka akan mengeluarkan barangan yang berkaitan dengan filem seperti figura. Avengers: Endgame turut mengeluarkan beberapa figura yang berkaitan dengan filem mereka akan datang.

Terbaru, pihak Marvel telah mengeluarkan figura karakter yang mungkin anda kenali iaitu tentera Chitauri. Walaupun figura tersebut tidak mempunyai kepala, kita mungkin mengenali ia adalah karakter Chitauri berdasarkan reka bentuk armor, bentuk badan dan warnanya.

Dengan adanya figura ini, ia mungkin mendedahkan spoiler bahawa tentera Thanos ini bakal kembali dalam filem Avengers: Endgame untuk bersama-sama ketuanya menentang Avengers.

Jadi kepada peminat-peminat filem adiwira Marvel, berikan teori anda tentang kemunculan tentera Chitauri dalam filem Avengers akan datang.

Avengers: Endgame bakal menemui penonton pada 26 April ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here