
Festival Filem Jepun, JFF 2020 PLUS ONE yang akan berlangsung di Golden Screen Cinema (GSC) akan ditangguhkan sehingga penghujung Januari berikutan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (CMCO) di beberapa negeri.
Edisi ke-17 acara tahunan festival filem ini telah ditunda sejak Oktober yang lalu berikutan peningkatan jumlah kes COVID-19. Butiran lanjut akan diumumkan tidak lama lagi, dan peminat filem Jepun boleh mendapatkan maklumat umum mengenai JFF 2020 PLUS ONE di jfkl.org.my/events/jff-2020 dan gsc.com.my
Berikut adalah tarikh tayangan baru JFF 2020 PLUS ONE (terbuka kepada orang awam dengan pembelian tiket).Â
KLANG VALLEY (28 January – 3 February 2021)
- GSC Mid Valley
- GSC 1 Utama
- GSC NU Sentral
Penang & Johor Bahru (4 – 7 February 2021)
- GSC Gurney Plaza
- GSC Paradigm Mall JB
Kuching & Kota Kinabalu (25 – 28 February 2021)
- GSC CityONE Megamall
- GSC Suria Sabah
Tiket yang dijual dengan harga RM9.50 dan boleh dibeli dua hari sebelum tayangan disetiap lokasi terpilih melalui GSC Box Office, GSC Ticketing Kiosk, GSC e-payment di gsc.com.my atau di applikasi GSC Mobile.
Anda boleh klik pautan ini untuk melihat senarai filem yang akan ditayangkan di JFF 2020 PLUS ONE.
Â