Featurette Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald Membawa Penonton Kembali Ke Hogwarts

116
views

Bagi merancakkan tayangan filem sekuel Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, Studios Warner Bros. telah melancarkan featurette filem tersebut yang memaparkan beberapa klip video belakang tabir terbaru. Anda boleh tontonnya di pemain video dibawah.

Selepas ahli sihir gelap Gellert Grinderwald ditangkap oleh MACUSA (Magical Congress of the United States of America) dipenghujung tayangan filem pertama. Newt Scamander telah pergi menyelamatkannya dan Grindelwald kemudiannya mula mengumpul pengikutnya untuk meneruskan agendanya, memastikan golongan biasa diperintah oleh ahli sihir ‘pure-blood’.

Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald merupakan filem kedua dari 5 siri penggembaraan terbaru dari dunia magik J.K. Rowling. Diarahkan oleh David Yates dan lakonlayar oleh J.K Rowling, ianya dibintangi oleh Eddie Redmayne Katherine Waterston, Dan Fogler, Alison Sudol, dan Ezra Miller. Mereka turut disertai pelakon Claudia Kim, Zoe Kravitz, Callum Turner,  bersama-sama Jude Law sebagai Dumbledore dan Johnny Depp sebagai Grindelwald.

Filem fantasi penggembaraan ini bakal menemui penonton pada 16 November 2018

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here