Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Fazura Nafi Menjadi Punca Kepada Pembubaran Kelab Peminat Fattah Amin


Sumber gambar: Astro Gempak

Kelab peminat rasmi pelakon Fattah Amin, The FA Team akhirnya bubar selepas lima tahun ditubuhkan.

Selepas berita pembubaran kelab peminat Fattah diperkatakan tempoh hari, ramai orang yang mendakwa isterinya, aktres jelita Nur Fazura sebagai punca pembubaran.

Fazura dikatakan sering campur tangan dalam urusan karier Fattah yang menyebabkan segelintir peminat berasa kurang senang dan selesa.

“Saya tahu ada yang menyalahkan serta menuduh saya mengawal Fattah. Tuduhan itu tidak benar sama sekali. Suami saya adalah seorang yang sangat tegas dan bijak dalam membuat setiap keputusan hidupnya.

“Pada masa sama, tiada sebab untuk saya campur tangan atau mengawal hidup Fattah kerana sebagai seorang isteri, sayalah yang sepatutnya kena dengar cakap dia,” jelas Fazura.


Fattah dan Fazura telah mendirikan rumah tangga pada 27 November, 2017.

Sumber: BH Online


Related posts

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee

Anwar: The Untold Story Menduduki Carta Top 10 Netflix Malaysia

Kakimuvee

Review Filem: Malbatt Misi Bakara (2023)

Kakimuvee

‘Liar’ Menang Perak Di ContentAsia Awards Ke-4 

Kakimuvee

Viu Malaysia Raikan Semangat Kemerdekaan Dengan Viu Lokal Lah!  

Kakimuvee