Pelakon veteran Fauziah Nawi baru – baru ini telah meluahkan rasa kesal dengan perkembangan dunia lakonan tanah air ketika ini kerana pelakon-pelakon baru kebanyakkan mereka tampil ‘kayu’ dalam drama atau telefilem yang dilakonkan kerana tiada asas dalam bidang lakonan.
Pelakon veteran itu memberitahu kepada wartawan hiburan bahawa asas dan ilmu sangat penting sebelum bergelar anak seni malah menganggap pelakon – pelakon baru hanya mementingkan duit dari menghadiri kelas – kelas lakonan.
“Tapi pelakon sekarang bekerja disebabkan duit. Bila sudah penat berlakon, masa untuk pergi ke kelas pun tidak dapat diluangkan. Jadi mereka akan menganggap pelajaran dalam lakonan itu tidak penting,”
Apa yang dinyatakan olehĀ Fauziah Nawi ada benarnya kerana trend sekarang mereka hanya mementingkan paras rupa dariĀ kebolehan untuk berlakon. Hasilnya banyak drama – drama dan filem-filem gagal kerana mutu lakonan yang teruk dan tidak seberapa.
Selain itu juga, pelakon berusia 62 tahun itu turut mengakui dia tidak gemar untuk menonton drama-drama adaptasi novel kerana jalan cerita yang ditampilkan sama sahaja.
Dalam pada itu, Fauziah berkata untuk memulihkan kembali industri lakonan tempatan, pelakon perlu mengubah sikap mereka.
“Sikap sebagai anak seni perlu diubah. Pada masa sama, pihak kerajaan perlu lebih tegas dalam memberikan ruang kepada artis mahupun pihak produksi untuk berkarya.
“Kalau kita tengok, produser tempatan berlumba-lumba melakukan penggambaran di luar negara dan menggunakan artis yang ingin dilihat oleh penonton.”