Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Fattah Amin Mahu Melebarkan Kariernya Di Indonesia


Pelakon yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini, Fattah Amin dilaporkan bakal mencipta nama di Indonesia apabila mendapat beberapa tawaran berlakon di negara seberang.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan ketika menghadiri tayangan pertama filem Ayat-Ayat Cinta 2 yang dibintangi oleh isterinya di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

“Ya saya cuba mengintai peluang dan Alhamdulillah, ada produksi yang sudah menawarkan saya untuk berlakon di sini,” – Fattah Amin

Hasrat Fattah Amin untulk melebarkan sayapnya ke negara seberang dibuat selepas mendapat sokongan dan mahu mengikut jejak langkah isterinya Nur Fazura yang sudahpun melebarkan kerjaya lakonan di sana.

Dalam pada itu, Fazura berharap agar suaminya dapat merealisasikan impiannya untuk melebarkan sayap di dalam industri lakonan di Indonesia.


Filem Selain Fazura, filem Ayat-Ayat Cinta 2 turut menampilkan seorang lagi pelakon tempatan iaitu Bront Palarae.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai perkembangan terbaru, Fattah kini sedang menunggu filem sulung lakonannya ditayangkan iaitu KL Special Force arahan Syafiq Yusof.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Poster Rasmi Goda Tarikh Tayangan “Mat Kilau” Pada 23 Jun Ini

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

Fattah Amin & Janna Nick Dinobatkan Pelakon Filem Popular ABPBH Ke-34

Kakimuvee

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee