Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Slot Tempatan

Fattah Amin, Janna Nick Antara Pelakon Paling Mahal – Michael Ang

Agak sukar untuk menentukan pelakon tempatan manakah paling mahal berbanding dengan pelakon-pelakon luar. Ini kerana tiada pendedahan mengenai jumlah bayaran yang mereka terima seperti mana yang sering dilakukan diluar negara.

Tetapi salah seorang pengarah terkenal tanah air, Michael Ang mendedahkan beberapa nama pelakon tanah air yang dianggap mahal. Antara nama yang disebutkan adalah Fattah Amin dan Janna Nick. Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan netizen mengenai pendapatnya mengenai pelakon termahal masakini.

“Artis paling mahal? Banyak je artis mahal… Aaron mahal, Fattah mahal, Janna Nick mahal, Erra Fazira mahal.
“Semua artis-artis A tu mahal laa… kalau tak mahal, taklah A dia orang…” – Michael Ang, Sumber: UtaraNews.com

Beliau turt mendedahkan selain Aaron Aziz dan Erra Fazira, Fattah Amin & Janna Nick juga dilabel sebagai pelakon kelas A.

Fattah Amin mula dikenali ramai selepas berlakon dalam drama popular Suri Hati Mr Pilot, manakala filem lakonan terbaru Janna Nick, Kerja Kahwin mula ditayangkan beberapa minggu yang lalu.

Walaupun Fattah sering dikecam kerana lakonan “kayu”nya, ia masih tidak menghalang untuk terlibat dalam beberapa projek pengambaran diantaranya filem KL Special Force yang akan ditayangkan tahun ini dan pembikinan drama terbaru adaptasi dari drama Korea terkenal, Coffee Prince yang akan diarahkan oleh pengarah Michael Ang.

Apa pendapat anda mengenai kenyataan pengarah ini?

sumber: utaranews.com

Related posts

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

Kakimuvee

Klip Pertama Eternals Tunjuk Kehebatan Kumpulan Superhero Melawan Raksasa Deviants

Kakimuvee

HBO Asia Original GENSAN PUNCH wins Kim Jiseok Award at Busan International Film Festival

Kakimuvee

The Batman Beri Peringatan Tentang Trailer Terbaru Di Acara Maya DC FanDome

Kakimuvee

Teaser Rasmi EJEN ALI MUSIM 3 Telah Dilancarkan, Akan Datang Secara Eksklusif Di Disney+ Hotstar Mulai 2022!

Kakimuvee

DISNEY+ HOTSTAR BAWAKAN LEBIH KANDUNGAN BAHARU YANG TERUNGGUL DARI ASIA PASIFIK

Kakimuvee

Leave a Comment