Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fattah Amin dan Nur Fazura Berduet Nyanyikan Lagu “Cinderella”

Gandingan hebat antara dua pelakon terkenal, Fattah Amin dan Nur Fazura dalam drama Hero Seorang Cinderella yang berjaya mendapat tempat di hati penonton, diteruskan lagi apabila keserasian antara kedua-dua pelakon ini diterjemahkan melalui lagu tema drama tersebut apabila kedua-duanya berduet menyanyikan lagu tersebut

“Keserasian dan elemen romantis itu sudah dicipta dalam set. Sewaktu ke studio untuk merakamkan lagu itu pun, kami datang dari lokasi penggambaran.

“Jadi masing-masing sememangnya masih dalam karakter dan ia memudahkan kami untuk menghayati lagu itu dengan baik,” Fazura

Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin memberitahu mereka hanya mengambil masa selama dua jam untuk menyiapkan rakaman lagu hasil ciptaan Aizat Amdan dan Mel Rahman.

Dalam pada itu, pelakon J Revolusi itu berterima kasih kepada Aizat selaku komposer yang banyak memberi tunjuk ajar dalam bagaimana mahu meluahkan emosi dengan berkesan ketika rakaman dilakukan.

Pada masa sama, pelakon berusia 33 tahun itu juga menyuarakan kesediaannya untuk menyanyikan lagu tersebut di mana-mana pertandingan jika ia dicalonkan.

Lagu berjudul “Cinderella” ini diedarkan oleh Universal Music dan ia boleh didapati di semua platform digital iTunes bermula hari ini. Kini menduduki tangga pertama dalam carta jualan di medium muzik itu.

Sumber: Cinema Online

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment