Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Gosip

Fathia Latiff Mohon Maaf Isu Pemakaian Pakaian Tentera


fa3_1477297187

Pelakon popular Fathia Latiff mengakui dirinya kurang peka berkenaan etika pemakaian pakaian seragam Tentera Darat.

Fathia, 29 ketika dihubungi berkata, dia tidak berniat untuk mempersendakan anggota badan beruniform itu terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM), malah jauh sekali untuk bersikap kurang ajar.

“Saya akui kesilapan itu dan meminta maaf kepada semua anggota tentera tanah air. Saya tak berniat langsung nak mempersendakan pakaian seragam mereka seperti yang didakwa.

“Pada masa sama saya memang tak tahu mengenai etika pemakaian pakaian seragam tentera. Dalam perkara ini saya sangat menghormati sensitiviti mereka,” katanya.

Tindakan Fathia memuat naik gambar dia berpakaian seragam Tentera Darat di Instagram, baru-baru ini mengundang padah apabila dia dikecam anggota tentera.


Menerusi komen yang ditulis pada gambar yang dimuat naik itu, salah seorang pengikut yang menggunakan akaun @ceq_wawa84 berkata, pelakon itu sengaja mencari publisiti murahan.

fathia-latiff

Seorang lagi pengikut yang mendakwa berkhidmat sebagai anggota tentera sejak 14 tahun lalu berkata, tindakan Fathia itu seolah-olah tidak menghormati anggota tentera yang melalui pelbagai rintangan dalam tugasan sebelum dibenarkan memakai pakaian terbabit.

Selain itu, Fathia turut diingatkan pakaian seragam itu bukan untuk fesyen kerana ia adalah pakaian rasmi anggota tentera ketika menghadiri kursus atau mesyuarat.

https://www.instagram.com/p/BL6TQ2CFARO/?taken-by=fatiyalatiff&hl=en

Fathia yang juga pelakon drama Rumi Dan Jawi itu berkata, dia menggayakan pakaian itu ketika berkunjung ke sebuah kedai menjual aksesori tentera.

Pakaian itu menarik perhatiannya sebelum dia memakainya dan memuat naik di Instagram miliknya.

“Saya pakai sekadar suka-suka dengan tujuan untuk ‘selfie’. Tak sangka pula ia menarik perhatian anggota tentera,” katanya.


Related posts

Fathia Latiff Berjari Puaka, Suruh Iqram Dinzly Bunuh Diri?

Kakimuvee

Fathia Latiff Luahkan Perasaan Tidak Puas Hati Produksi Besarkan Isu Beliau Datang Lambat

Kakimuvee