Review

The Fate of the Furious Review

Views

Genre: Aksi

Pengarah: F. Gary Gray

Pelakon: Vin Diesel, Dwayne Johnson, Michelle Rodriguez, Jason Statham, Charlize Theron

Edaran: United International Pictures

Tarikh Tayangan: 13 April 2017

Klasifikasi: PG-13 (Malaysia 18 tahun keatas

Durasi: 12 Jam 16 Minit

Action packed! Dominic Dom kembali dalam filem terbaru franchise The Fast and The Furious tetapi kali ini sedikit berbeza dari filem-filem sebelum ini. Dom mengkhianati pasukannya demi orang yang tersayang dan penjahat dalam filem sebelum ini bertukar menjadi hero membantu pasukan Dom menewaskan penjenayah siber antarabangsa yang diketuai oleh Cipher (lakonan Charlize Theron)

Seperti biasa filem kelapan The Fast and The Furious ini menampilkan deruman enjin kereta yang cukup menggiurkan dan juga aksi-aksi yang cukup mantap dari para pelakonnya. The Fate of the Furious boleh dianggap filem yang bagus dalam franchise The Fast & The Furious tetapi masih tidak mampu menewaskan filem kegemaran kami iaitu Furious 7.

Cipher

Pengarah F. Gary Gray cuba membuat sedikit kelainan dalam filem kali ini dengan menghasilkan beberapa plot twist ala James Bond. Beliau juga berjaya mengembalikan zaman kegemilangan street racing filem ini serta mengadunkannya dengan aksi-aksi luar biasa dan melangkaui hukum fizik bagi menghasilkan sebuah filem yang tidak bosan untuk ditonton. Walaupun aksi-aksi filem-filem The Fast And The Furious dikatakan semakin mengarut, sekurang-kurangnya aksi filem kali ini masih boleh diterima diterima akal. Thanks kepada pengarah filem yang lebih menumpukan aksi street racing, hand-to-hand combat dan plot filem yang lebih fresh serta mempunyai sedikit kelainan dari filem sebelum ini.

Kekuatan The Fate of the Furious ini sebenarnya terletak pada mutu lakonan para pelakonnya terutamanya aksi lakonan Jason Statham (Deckard Shaw) dan juga humor-humor yang dihasilkan oleh Tyrese Gibson (Roman Pearce). Kami suka melihat aksi fighting yang cukup "stunning" dan loghat British dari pelakon Jason Statham dalam filem ini. Beliau yang sebelum ini tampil sebagai seorang villain dalam Fast 7 telah bertukar menjadi seorang hero yang datang membantu bekas pasukan Dom dalam memerangi penganas Cipher dan juga menyelamatkan Dom.

Deckard Shaw & Luke Hobbs

Mutu lakonan Charlize Theron tidak mengecewakan walaupun aksinya sekadar individu yang suka memberi arahan dari "command center"nya. Watak seorang wanita yang psikotik dan "heartless" sudah cukup membuatkan penonton membencinya. Sayang penonton tidak dapat melihat aksinya seperti dalam filem Mad Max: Fury Road, kami rasa mesti ramai penonton mahu melihat aksinya, sekurang-kurangnya beradu tenaga dengan teman wanita Dom, Letty. Mungkin dalam filem akan datang, wataknya akan lebih menonjol dan menjadi villain paling hebat dalam sejarah franchise The Fast and The Furious.

Humor Roman Pearce membuatkan panggung bergegar dengan ketawa penonton

The Fate of the Furious ini mengisahkan Dom yang telah diugut oleh Cipher, yang juga merupakan ketua penjenayah Cyber antarabangsa dan cukup berkuasa. Dia telah diberikan tugas oleh wanita tersebut untuk mencuri beberapa peralatan penting dan juga diarahkan untuk mengkhianati pasukannya sendiri sehingga menyebabkan Luke Hobbs ditangkap. Hobbs telah diberikan tugas oleh Mr. Nobody untuk mengesan Cipher dan juga Dom. Hobbs bersama-sama bekas pasukan Dom bagaimanapun terpaksa bekerjasama dengan Deckard Shaw, penjahat yang mereka tewaskan dalam filem sebelum ini bagi memburu dan menghalang Cipher dari menyelesaikan misi organisasi penjenayah siber tersebut dan dalam masa yang sama menyelamatkan Dom dari cengkaman wanita misteri itu.

Secara keseluruhan, The Fate of The Furious sebuah filem yang cukup menghiburkan dari segi aksi dan humor, tetapi dari segi plot dan storyline, ianya agak cliche dan mudah dijangka. Walaubagaimanapun, filem ini sangat emotional sebenarnya dipenghujung filem, apabila Dom menamakan anaknya, Brian dan ini membuatkan kami teringat dengan watak Brian O'Connor lakonan mendiang Paul Walker

Rating: 7/10

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks