Berita

The Fate of the Furious Atasi Kutipan Tiket Minggu Pertama Star Wars: The Force Awakens

Views

Filem yang menjadi trending pada minggu ini, The Fate of the Furious telah mencipta rekod baru apabila menjadi filem pertama yang berjaya meraih kutipan paling tinggi dikalangan filem-filem lain pada minggu pertama serta berjaya menewaskan filem terdahulu, Star Wars: The Force Awakens.

Filem kelapan franchise The Fast and The Furious itu dikatakan telah menjadi filem paling ingin ditonton oleh peminat filem pada tahun ini ditambah pula heronya, Dominic Dom lakonan Vin Diesel yang berubah menjadi watak antagonis telah menyebabkan peminat tidak sabar untuk menonton filem berkenaan bagi mengentahui apakah yang sebenarnya terjadi.

Pengarah filem F. Gary Gary menjangkakan filem ini akan mendapat kutipan Box Office pada minggu pertama, namun dia tidak menyangka filem arahannya itu sangat sukses pada minggu pertama serta telah mencipta rekod yang sangat mengaggumkan.

The Fate of the Furious telah berjaya mengaut sebanyak $532.5 juta pada minggu pertama, mengatasi kutipan $529 juta filem Star Wars: The Force Awakens pada tahun 2015. Laporan dari laman web Variety, filem tersebut berjaya mengaut $100.2 juta dalam negera US, manakala 80% kutipan hasil dari pasaran antarabangsa dengan $190 juta datangnya dari negara China.

Ramai yang menyangkakan rekod filem The Force Awakens tidak akan tercabar dalam masa terdekat ini, namun filem kelapan Fast8 berjaya melakukan kurang dari tempoh 16 bulan. Adakah kejayaan kutipan minggu pertama The Fate of the Furious ini bakal berterusan? dan seterusnya mengatasi kutipan filem Fast 7 yang mana kutipan filem tersebut mencecah hampir $2 billion? kita tunggu dan lihat nanti.

Baca 8 "Pekara Gila" Dalam Filem The Fate of the Furious Disini

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares