
Vin Diesel ‘membakar’ peminat dengan deruman ekzos yang mengancam apabila mengumumkan tajuk rasmi sekuel Fast & Furious yang akan datang, iaitu Fast X.
‘Ketua keluarga’ itu juga turut mengumumkan bahawa penggambaran filem terbaru itu telahpun bermula secara rasmi.
Selain Diesel yang kembali sebagai Dom Toretto, barisan pelakon lain turut menampilkan wajah yang dikenali termasuklah Michelle Rodriguez sebagai Letty Ortiz, Tyrese Gibson sebagai Roman Pearce, Ludacris sebagai Tej Parker, Jordana Brewster sebagai Mia Toretto, Sung Kang sebagai Han Seoul-Oh, Nathalie Emmanuel sebagai Ramsey, John Cena sebagai Jakob Toretto, Lucas Black sebagai Sean Boswell, Cardi B sebagai Leysa, Charlize Theron sebagai Cipher, Helen Mirren sebagai Queenie Magdalene Ellmanson-Shaw, dan Jason Statham sebagai Deckard Shaw.
Pemenang Anugerah Academy, Brie Larson (Captain Marvel; The Marvel), Jason Momoa (Aquaman; Dune) dan Daniela Melchior (The Suicide Squad) antara muka baharu yang menyertai barisan pelakon, dengan Momoa dilaporkan akan membawa watak penjahat utama.
Butiran plot tidak diketahui buat masa ini, tetapi Justin Lin akan kembali menerajui sekuel, yang dijangka menjadi sebahagian daripada finale dua-bab yang dirancang penerbit.
Fast X dijadualkan berlumba ke pawagam pada 19 Mei 2023; manakala bab terakhir dalam saga, Fast & Furious 11, dijadualkan tiba pada Februari 2024
Fasten your seat belts. FAST X is now in production. pic.twitter.com/08K6Eai3c1
— The Fast Saga (@TheFastSaga) April 20, 2022