Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fast & Furious 9 Cuba Untuk Membawa Kembali Watak Brian O’Conner


Kemalangan yang meragut nyawa pelakon Paul Walker pada penghujung tahun 2013 telah mengejutkan ramai pihak terutamanya para pelakon dan krew filem Furious 7. Selain menimbulkan rasa sedih dikalangan mereka, kematian Paul membuat filem Furious 7 hampir diolah sepenuhnya.

Mujur adik-beradik mendiang iaitu Caleb dan Cody Walker datang membantu menyelesaikan saki-baki babak yang melibatkan abangnya sehingga filem tersebut berjaya disiapkan 10 Julai 2014.

Terbaru, pelakon Vin Diesel telah memuatnaik sekeping gambar yang menunjukkan dia dan Cody sedang melawat di set penggambaran filem¬†Fast & Furious 9.¬†Gambar tersebut telah mengundang spekulasi mengenai kemunculan semula watak Brian O’Conner yang sebelum ini dilakonkan oleh mendiang Paul Walker.

https://www.instagram.com/p/B1jhLCxFVog/?utm_source=ig_web_copy_link

Setakat ini tiada pengesahan dari mana-mana pihak, terutamanya dari pihak produksi mengenai watak O’Conner. Bagaimanapun, kepulangan Jordana Brewster sebagai Mia Toretto dalam filem akan datang mungkin dapat menguatkan lagi spekulasi peminat mengenai watak Brian memandangkan Mia dan Brian merupakan pasangan suami isteri.


Malah Cody dan Caleb juga menjadi ‘double actor’ untuk mendiang Paul Walker semasa menyiapkan saki baki babak¬†Furious 7 yang melibatkan pelakon tersebut. Dengan teknologi CGI yang semakin maju dan sedikit teknik solekan, tidak mustahil salah seorang adik-beradik Paul Walker akan membintangi filem Fast & Furious 9¬†dengan memainkan peranan Brian O’Conner

Fast & Furious 9 dibintangi Vin Diesel yang akan memainkan peranan utama bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker.

Filem ini turut dibintangi Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dalam Fate of the Furious¬†serta John Cena yang menggantikan tempat Dwayne ‚ÄúThe Rock‚ÄĚ Johnson.

Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin.

Fast & Furious 9 dijangka akan menemui penonton pada 22 Mei 2020.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd

Jualan Minyak Wangi Dior Meningkat Selepas Kekalkan Johnny Depp Sebagai Model Mereka

Kakimuvee