Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fast & Furious 9: Charlize Theron Kongsikan Pandangan Pertama Cipher


Tidak banyak info tentang plot filem Fast & Furious 9, namun apa yang peminat tahu, antagonis dari filem The Fate of the Furious, Cipher akan kembali dalam filem akan datang.

Pelakonnya, Charlize Theron telah berkongsi gambar yang memaparkan pandangan pertama karakternya dalam filem Fast & Furious 9. Dengan gaya potongan rambut pendek, Cipher kelihatan comel dan ‘badass’ dalam masa yang sama. Anda boleh saksikan gambarnya tersebut dibawah.

https://www.instagram.com/p/B16RfSgBKTo/?utm_source=ig_web_button_share_sheet

Fast & Furious 9 dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya, bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker.

Filem ini turut dibintangi Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dalam Fate of the Furious serta John Cena yang menggantikan tempat Dwayne “The Rock” Johnson.


Pengarah Justin Lin akan kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin.

Fast & Furious 9 dijangka akan menemui penonton pada 22 Mei 2020.


Related posts

Artis Terkenal Kim Jung Gi Meninggal Dunia Pada Usia 47 tahun

Kakimuvee

Lady Gaga Anggap Lagu Untuk “Top Gun: Maverick” Sebagai ‘Surat Cinta Kepada Dunia’

Kakimuvee

Bintang MCU, William Hurt, Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun

Kakimuvee

CARTOON NETWORK RAIKAN HARI KUCING ANTARABANGSA!

Kakimuvee

15 Pelakon Aksi Wanita Paling Hebat Dalam Sejarah Hollywood

Kakimuvee

Pelakon Asal Watak ‘Mak Lampir’, Farida Pasha Meninggal Dunia Akibat COVID-19

Is Mohd