Berita

"Fast & Furious 9" Akan Pergi ke Angkasa

Views

Dari perlumbaan haram, mengejar kapal terbang sehingga berlumba dikawasan berais, kini filem Fast & Furious 9 (F9)akan menjadi lebih ekstrem, iaitu beraksi di angkasa!

Sebelum ini, F9 telah mengeluarkan beberapa berita mengejutkan seperti Justin Lin kembali mengarahkan Fast & Furious 9, kepulangan Han yang sudah mati dalam filem sebelumnya dan yang lebih menarik, rupanya Dominic Torretto mempunyai saudara lelaki (yang akan dimain oleh John Cena). Tidak cukup itu sahaja, Ludacris turut menimbulkan khabar angin bahawa filem kesembilan ini akan pergi ke angkasa.

Ketika wawancara dalam program SiriusXM The Jess Cagle Show, bintang Fast & Furious 9, Michelle Rodriguez (yang memainkan peranan Lettie) telah ditanya mengenai khabar angin yang ditimbulkan oleh Ludacris, dan ini responnya:

Oh, no way. How did you guys find that out? See what happens? People start talking behind the scenes, man. When a movie doesn’t come out and forget about it, things get out. Nobody was supposed to know that,"

Pada awalnya, Fast and Furious ibarat seperti Point Break tetapi dengan kereta. Tetapi apabila menunju ke filem kelima iaitu Fast Five dan pengenalan Dwyane Johnson sebagai Luke Hobbs, aksi dan kereta dalam filem seterusnya menjadi semakin gila dan diluar logik akal. Dengan tiada pilihan lain, pasukan kreatif nampaknya berpihak kepada peminat dan memutuskan sudah tiba masanya untuk mereka meletakkan beberapa pencuri kereta dalam kapal roket.

Fast & Furious 9 dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya, bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker.

Filem ini turut dibintangi Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dari filem Fate of the Furious, serta John Cena yang menggantikan tempat Dwayne “The Rock” Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam filem terbaru.

Fast & Furious 9 akan ditayangkan pada 2 April 2021.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks