Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fast and Furious 8 Lepasi Kutipan USD1 Billion

Fast 8

Kutipan filem kelapan franchise The Fast & The Furious, The Fate of the Furious atau juga dikenali sebagai Fast and Furious 8, kini sudah mencecah USD1 billion untuk pasaran antarabangsa.

Ini menjadikan filem Fast 8 filem keenam yang berjaya mengutip kutipan lebih dari USD 1billion di pasaran antarabangsa.

Berdasarkan rekod dari Box Office Mojo, The Fate of the Furious mengutip USD1.001 billion untuk pasaran antarabangsa manakala untuk pasaran domestik (US) ia berjaya mengutip USD 222.5 juta menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak USD1.223 billion.

Negara China menjadi penyumbang terbesar apabila memberikan pulangan sebanyak USD390.2 juta, mengatasi filem sebelumnya, iaitu Furious 7 yang mengutip kutipan sebanyak USD390.1 juta.

Antara negara lain yang menyumbang kepada kejayaan filem Fast 8 ini ialah Brazil yang menyumbang USD 41.1 juta, United Kingdom yang mengaut keuntungan USD 37.3 juta, Mexico sebanyak USD36.2 juta dan Jerman sebanyak USD 31.8 juta.

The Fate of the Furious sebelum ini mengatasi rekod yang dipegang oleh filem Star Wars: A Force Awakens apabila berjaya mengatasi kutipan minggu pertama filem perang galaksi berkenaan apabila berjaya mengutip sebanyak USD 541.9 juta.

Filem Fast and Furious 8 kini menyertai filem-filem yang telah mencecah kutipan melebihi USD1 Billion dollar antaranya Fast And Furious 7, Avatar, Titanic, Star Wars: The Force Awakens dan Jurassic Park.

Franchise The Fast and The Furious akan diteruskan dengan tayangan filem seterusnya pada 2019 dan 2021 akan datang

Related posts

Warner Bros. Pertimbang Untuk Tayang “Mortal Kombat” Di HBO Max

Kakimuvee

Hailee Steinfeld Sah Bawa Watak Kate Bishop Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”

Kakimuvee

Dari Ellen Ke Elliot, Ellen Page Kini Menjadi “Lelaki”

Kakimuvee

Tiada ‘Green Screen’ Dalam Filem “Top Gun: Maverick”

Kakimuvee

The Croods: A New Age Dominasi Kutipan Box Office

Kakimuvee

Yelena Belova Akan Muncul Dalam Siri Disney+ “Hawkeye”?

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating