Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fast & Furious 8 akan diteruskan tanpa Paul Walker

Fast-and-Furious-7-Critics

Teka teki siapa yang bakal mengantikan tempat Paul Walker dalam filem Fast & Furious 8 terjawab apabila pihak penerbit memberitahu filem tersebut akan diteruskan tanpa watak Brian O’Conner. Mereka juga memaklumkan bahawa filem sequel ini akan memasuki fasa baru dan watak Brian telah pun berakhir dalam Filem Fast & Furious 7. 

Walaupun tanpa Paul Walker, filem ini masih memiliki pelakon-pelakon yang terkenal dan penting seperti Vin Diesel, Michelle Rodriguez dan juga Dwayne Johnson – yang mula menjadi watak penting dalam filem Fast & Furious.

Pihak penerbit juga memberitahu bahawa, Jason Statham, pelakon yang membawa watak antogonis pada filem lepas juga dibawa masuk dalam filem terbaru akan datang. Vin Diesel sebelum ini telahpun membincangkan bahawa Fast & Furious 7 telah dirangka untuk fasa baru bagi filem aksi lumba kereta ini, New York adalah tempat yang dipilih dalam pengembaraan terbaru filem Fast & Furious.

Walaupun ketiadaan Walker, trilogy filem ini tetap akan diteruskan. Walaupun watak Brian yang merupakan tunjang filem ini tiada dalam filem akan datang, jangan terkejut jika filem ini berjaya meneruskan rekod Box Office.

Filem Fast & Furious 8 akan ditayangkan pada tahun 2017.


Related posts

Legendary Dedah Poster Terbaru “Godzilla vs Kong”, Trailer Akan Dilancarkan Ahad Ini

Kakimuvee

Chris Hemsworth Dedah Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Akan Bermula Minggu Ini

Kakimuvee

Wonka: Tom Holland & Timothée Chalamet Diintai Warner Bros. Untuk Peranan Utama Dalam Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Simu Liu Kata Shang-Chi Mampu Tewaskan Hulk & Iron Man!

Isqandar

Warner Bros. Akan Hasilkan Prekuel “Charlie and the Chocolate Factory”

Kakimuvee

Sekuel “Extraction” Dijangka Memulakan Penggambaran Pada Musim Luruh

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating