Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Fasha Sandha Tetap Terima Tawaran Lakonan

Meskipun menjadi salah seorang pelakon terkenal tanah air, Fasha Sandha mendedahkan dia tidak akan menolak tawaran berlakon yang diterimanya, sebaliknya menganggap ia sebagai rezeki Allah biarpun terpaksa korban masa bersama keluarga.

Beliau berkata demikian semasa ditemubual oleh wartawan mStar


Alhamdulillah rezeki berlakon memang banyak dan pada saya itu rezeki daripada Allah. Buat apa hendak tolak? Sementara orang masih mahukan khidmat saya, biarlah saya bersusah-susah dahulu dan senang kemudian.

“Memang kadang-kadang sangat terhad untuk keluarga tetapi inilah pengorbanan yang perlu saya lakukan,” 

Menurut pelakon Anak Mami Nasi Kandar itu lagi, kedua-dua anaknya juga kini sudah mula faham apabila dia keluar untuk bekerja.

Pelakon berusia 33 tahun itu juga berkata dia kadang-kala membawa anak-anaknya ke lokasi penggambaran kerana terlalu rindukan anaknya.

Sesibuk mana pun Fasha berkata dia akan cuba mencari masa untuk diluangkan bersama anak-anak terutamanya pada hujung minggu.

Bercerita lanjut mengenai perkembangan terbarunya, Fasha berkata dia kini sedang sibuk dengan penggambaran drama Syurga Yang Kedua bergandingan dengan Zarul Hussin dan Siti Elizad.

Drama 70 episod itu sedang ditayangkan di Astro Prima dan Maya HD.

Sumber: Cinema Online

Related posts

PERJALANAN PERTAMA: ‘Papar Kisah ‘Road Trip’ Datuk & Cucu, Tampilkan Gandingan Pelakon Hebat Dua Negara

Kakimuvee

Saksikan Ash & Aish di Saluran Astro Ria Pada Setiap Isnin Hingga Khamis, 10 Malam

Zulaikha

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

“Ejen Ali” Musim 3 Bahagian Kedua Akan Dilancarkan Secara Eksklusif di Disney+ Hotstar Disember Ini

Kakimuvee

Trailer & Poster Rasmi ABANG LONG FADIL 3 Telah Dilancarkan!

Kakimuvee

Air Tiada, “Kalut Nak Kahwin” – Akan Datang 4 Ogos Ini Di Astro First

Kakimuvee

Leave a Comment