Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fasha Sandha Meninggal Dunia Adalah Berita Palsu

gambar-terkini-fasha-sandha-berhijab-2014

Tidak diketahui samada blogger berkenaan hendak mengejar pageview atau fitnah, tetapi berita mengenai aktres Fasha Sandha yang dikhabarkan telah meninggal dunia oleh sebuah blog yang tidak bertanggungjawab dan mencetuskan spekulasi di media sosial sememangnya palsu.

Ia sebenarnya merupakan salah satu plot drama dimana babak tersebut menunjukan aktres Fasha kononnya ditembak mati di sebuah tempat letak kereta. Drama yang dimaksudkan ialah Drama Miranda arahan Along Kamaludin yang disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 sekitar tahun lalu.

fasha

Malah, pelakon utama drama tersebut  Dazrin Kamarudin yang bergandingan dengan Fasha turut merasa terkejut semasa beliau mendengar berita palsu itu. Buat Dazrin, hal hidup dan mati bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main-main.

Itu memang babak lama. Memang dalam drama Miranda ada babak tembak menembak membabitkan Fasha dan saya. Malah ada orang awam yang terkejut hingga menelefon pihak polis ketika penggambaran berkenaan diadakan.

Orang awam berdekatan sangkakan ia betul terjadi. Pihak polis memang siap buat tinjauan. Kenapalah perlu dibangkitkan cerita lama yang mengarut. Hal mati jangan dibuat main. Saya dan Fasha masih sihat.

Inilah babak dimana aktress Fasha Sandha ditembak dalam drama Miranda
Inilah babak dimana aktress Fasha Sandha ditembak dalam drama Miranda

Walaubagaimanapun, Fasha bertindak untuk tidak memberikan komen lanjut mengenai perkara berkenaan kerana tidak mahu memberi lebih banyak hits kepada mereka yang telah menyebarkan berita tidak benar itu.

Related posts

Penggembaraan Terbesar Chip & Dale Dalam Trailer Rasmi “Chip ‘N’ Dale: Park Life”

Kakimuvee

Trailer Malignant Previu Filem Seram Thriller Terbaru James Wan

Kakimuvee

Netflix Dedah Teaser & Gambar Terbaru “The Witcher: Nightmare of the Wolf”

Kakimuvee

Antonio Banderas Sertai Harrison Ford Dalam “Indiana Jones 5”

Kakimuvee

“Black Widow” Lepasi AS$260 Juta Seluruh Dunia, “F9: The Fast Saga” Semakin Menghampiri AS$600 Juta

Kakimuvee

Trailer Terakhir “Snake Eyes: G.I. Joe Origins” Berikan Lebih Banyak Aksi & Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Leave a Comment