Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSlot Tempatan

Farid Langgar Penjanjian, Zulhuzaimy Tarik Diri Dari Projek Filem “Remp-It 2”


Langgar perjanjian, sebab utama pelakon dan pengarah filem Zul Huzaimy Marzuki atau juga dikenali sebagai Zulhuzaimy menarik diri dari menghasilkan filem sekuel Remp-It 2. 

Laporan dari Harian Metro memetik, pelakon berusia 41 itu mendakwa beliau kecewa dengan Datuk Farid Kami yang melanggar perjanjian dan mahu menghasilkan filemnya sendiri.

Zulhuzaimy mendedahkan bahawa, Farid telah melanggar perjanjian apabila mengetepikan pembabitan ribuan pelakon tambahan yang juga ahli Kelab Spark Malaysia.

“Saya sangat kecewa dengan Farid. Dulu kami bersama-sama, tetapi kini dia mahu bergerak sendiri,”

“Berdasarkan perjanjian, Farid mendapatkan tajaan berjumlah RM3 juta manakala saya menguruskan skrip filem. Perjanjian turut menyatakan keuntungan Remp-It 2 akan dimasukkan ke akaun kelab untuk kebajikan ahli,”


Menurut Zulhuzaimy, sebaik sahaja kes mahkamah Farid selesai, pelakon itu ingin menghasilkan filem sendiri berjudul Lagenda Budak Motor Cup Prix.

“Saya ada menerima jemputan Farid sebagai pelakon dalam filem arahannya. Bayaran yang ditawarkan memang lumayan tetapi jika bersetuju, saya menafikan hak ahli yang bersusah payah dengan filem asal,” 

Sehubungan itu dia menolak tawaran malah tidak akan menjayakan Remp-It 2 kerana skrip filem bukan mengenai aktiviti permotoran.

Sementara itu, Farid tampil membidas dakwaan yang dibuat oleh Zulhuzaimy. Dia mendakwa memiliki bukti dan rekod bahawa Zulhuzaimy tidak mahukan ahli kelab berkenaan terbabit dalam projek itu.

“Dalam pertemuan bersama Zulhuzaimy di pejabat penaja baru-baru ini, saya cadangkan bawa ahli Spark tetapi Zulhuzaimy tidak terima. Dia cakap jangan kaitkan mereka dalam filem ini dan biar dia sahaja berlakon,” 

Mengenai skrip filem katanya, ia lanjutan daripada filem Rempit yang diarahkan Ahmad Idham pada 2006.

“Saya penulis asal dan berjaya mendapatkan hakcipta daripada David Teo. Kami bersama-sama berlakon dalam Rempit dan sepatutnya menjayakan Remp-It 2,”

Menurutnya, selepas memohon dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) dia membuka langkah bagi mendapatkan tajaan FKX Film Sdn Bhd.

Bercakap mengenai perubahan skrip yang ditulis oleh Zulhuzaimy, Farid mendapati skrip tidak bersesuai dengan filem aksi berdurasi 95 minit, jadi dia memerlukan jalan cerita baru dan beberapa pelakon lama ketika filem pertama dihasilkan 13 tahun yang lalu.

Farid juga mengesahkan bahawa dia ada mempelawa Zulhuzaimy untuk membintangi filem itu dengan bayaran tinggi namun ditolak.

“Sebenarnya saya cuba mengembalikan semula Zulhuzaimy ke layar perak biarpun ditentang pihak produksi. Sepatutnya dia tidak menguar-uarkan masalah dalaman ini dan menerima tawaran yang diberi,” 

Remp-It 2 dibintangi Dayana Roza, Cat Farish, Achey, Mamat Raja Lawak, Kazar Saisi, Jaa Sazuran, Arin Raja Lawak, Azlan Komeng, Amai Kamaruddin serta penampilan istimewa Aiman Tino dan Black Hanifah.

Filem tersebut sepatutnya menjalani penggambaran di Terengganu, Kuala Lumpur dan Johor bulan lalu itu dijangka ditayangkan Mac tahun depan.


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee