Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Farid Kamil Dihukum Penjara 13 Bulan


Pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil telah dijatuhi hukuman penjara selama 13 bulan susulan tindakannya melakukan kekerasan dan melontarkan perkataan kesat terhadap seorang anggota polis dua tahun lalu.

Menurut laporan dariĀ Bernama (via Cinema Online), hukuman itu diputuskan oleh Majistret Nor Ariffin Hisham yang mana selain dikenakan hukuman penjara 13 bulan kerana melakukan kekerasan, Farid juga dijatuhi hukuman empat bulan lagi atas pertuduhan mengeluarkan perkataan tidak sopan.

Mahkamah kemudian telah memerintahkan Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari menjalani kedua-dua hukuman penjara itu serentak bermula semalam, tetapi berasingan dengan hukuman penjara sembilan bulan yang dijatuhkan terhadap Farid sebelum ini bagi kesalahan menggunakan dadah jenis ganja.

“Selepas meneliti dan menilai keterangan dikemukan pihak pembelaan, mahkamah juga melihat secara keseluruhan dan membaca hujahan pendakwaan dan pembelaan.

“Oleh itu, mahkamah mendapati Farid Kamil bersalah dan dihukum penjara 13 bulan bagi kesalahan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan penjara empat bulan bagi Seksyen 90 Akta Polis dan kedua-dua hukuman terbabit berjalan serentak,” ujar Nor Ariffin.

Pada masa sama pihak mahkamah turut memerintahkan suami kepada pelakon Diana Danielle itu untuk membayar kos pendakwaan sebanyak RM5,000 dan jika gagal membayar kos berkenaan dia perlu jalani hukuman penjara enam bulan.


Dalam pada itu, pelakon berusia 39 tahun itu mendapat kebenaran daripada mahkamah untuk menangguhkan pelaksaaan hukuman penjara dengan jaminan RM10,000 sementara peguamnya memfailkan rayuan.

Sumber: Cinema Online


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ā€˜Kau vs Akuā€™ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee