Bagi yang sudah menonton filem ini pasti akan rasa menyesal selepas menontonnya. Rata-ratanya ramai yang kecewa memandangkan filem ini tidak sehebat seperti yang digambarkan oleh pihak produksi. Malah ada yang mengkritikĀ pengarah filem Josh Trank kerana gagal untuk memberikan hasil yang terbaik kepada penonton.
Tak kurang juga ada yang membandingkan dengan filem Fantastic Four sebelum ini yang mana filem tersebutĀ lagi baik dari filem reboot ini. Yes! jika hendak dibandingkan, filem sebelum ini jauh lebih baik, bukan saja dari segi jalan cerita malah lakonan para aktor yang sangat berkualiti.
Menurut laman Screenrant, filem Fantastic Four ini mendapat kritikan paling buruk sekali dalam sejarah filem komik Marvel, malah lagi teruk jika hendak dibangdingkan dari filem Elektra (2005) lakonan Jennifer Garner. Berdasarkan laman web Rottentomatoes.com Fantastic Four hanya mendapat purata rating 3.4/10 dengan hanya 26% yang menyukai filem ini, manakala IMDb, filem ini hanya mendapat rating 4/10

Rata-rata penonton mengkritik jalan cerita filem ini yang mana hanya 20minit pertama sahaja yang memang ‘fantastic’ dan kemudian selepas itu menjadi serba tidak kena. Malah untuk filem bergenre superhero ini, anda terpaksa menunggu sehingga ke penghujung cerita untuk melihat kemuculan villian, memang ada yang tidak kena pada filem ini.
Selain daripada itu, ia bukan sajaĀ menampilkan jalan cerita yang teruk, visual effect dan lakonan mereka juga sangat mengecewakan. Visual effect karakterĀ The Thing seperti permainan game PS2, tidak realisitik dan teruk, Dr. Doom tidak seganas dan kejam seperti dalam komik atau dalam filem sebelumnya (walaupun filem ini kostumnya nampak ganas tetapi hakikatnya – fail) dan lakonan superhero yang sangatĀ mengecewakan terutamannya dari aktress yang berbakat Kate Mara (Sue Storm).
Secara keseluruhannya filemĀ Fantastic FourĀ ini memang sangat memalukan, terutamanya kepada krew-krew yang terlibat dalam pembikinan filem ini, seolah-olah mereka tidak minat langsung untuk menghasilkan filem superhero ini.
Jadi kepada mereka yang ingin menontonnya, dinasihatkan tidak membazirkan duit anda menonton filem teruk ini, tunggu sahaja filem ini ditayangkan di televisyen.
[wp-review]
1 comment
ramai yg ckp film ni teruk. tengok pelakon pun dah tau dah. haha