Fantastic Four, Blade Antara Filem Fasa 4 Marvel Yang Diumumkan Marvel Studios Di San Diego Comic-Con

850
views

Pengumuman yang paling dinanti-nantikan oleh peminat-peminat di konvensyen San Diego Comic-Con 2019 akhirnya tiba. Selain daripada filem-filem Fasa 4 Marvel Cinematic Universe (MCU) yang telah disahkan, peminat menantikan penuh sabar pengumuman serta pengesahan filem-filem baru dan para pelakon yang bakal menyertai MCU.

Tidak mahu menulis panjang, apa kata melihat filem / siri televisyen apakah yang sah akan menjadi sebahagian Fasa 4 MCU. Berikut adalah senarai dan tarikh tayangan filem-filem dan siri televisyen Fasa 4 Marvel Cinematic Universe yang telah diumumkan di SDCC2019.

Black Widow (1 May 2020)

Akhirnya filem Black Widow telah disahkan dan ditetapkan tarikh tayangannya, iaitu pada 1 May 2020. Filem yang sedang menjalani penggambaran di Budapest ini diarahkan oleh  Cate Shortland dan dibintangi Scarlett Johansson sebagai Natasha Romanoff / Black Widow, David Harbour, Florence Pugh, O-T Fagbenle dan Rachel Weisz. Black Widow akan ditetapkan selepas filem Captain America: Civil War. Bad news is? Black Widow tetap mati ..

The Eternals (6 November 2020)

Desas-desus mengenai penglibatan Angelina Jolie akhirnya terjawab apabila Marvel Studios mengesahkan filem The Eternals akan menemui penonton November 2020. Angelina Jolie akan memainkan peranan sebagai Thena, manakala pelakon terkenal Korea Selatan, Ma Dong-Seok sebagai Forgotten One, Richard Madden sebagai Ikaris, Salma Hayek sebagai Ajak, Brian Tyree Henry sebagai Phastos, Lauren Ridloff sebagai Makkari, Lia McHugh sebagai Sprite, Don Lee sebagai Gigamesh dan Kumail Nanjiani as Kingo. Chloe Zhao akan mengarahkan filem The Eternals.

Siri Disney Plus: Falcon and Winter Soldier (6 Ogos 2020)

Siri televisyen pertama MCU di platform streaming Disney Plus. Falcon and Winter Soldier dijangka akan ditetapkan selepas event Avengers: Endgame. Anthony Mackie dan Sebastian Stan akan kembali membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier. Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter.

Pencipta dan penulis skrip trilogi John Wick, Derek Kolstad dilaporkan bakal menyertai pasukan kreatif siri televisyen Disney+, Falcon and the Winter Soldier

Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (12 Februari 2021)

Filem Shang-Chi telah lama disahkan oleh Marvel Studios tetapi barisan pelakonnya menjadi spekulasi dikalangan peminat terutamanya pelakon yang akan memainkan peranan utama sebagai “Shang-Chi”. Barisan panel Marvel Studios bagaimanapun telah mengumumkan barisan pelakon filem superhero Asia ini yang terdiri daripada Simu Liu sebagai Shang-Chi, Tony Leung sebagai ‘the real’ Mandarin dan Awkwafina (watak masih lagi tidak diketahui.

Destin Daniel Cretton akan mengarahkan filem ini manakala skrip ditulis oleh Dave Callaham. Filem ketiga Fasa 4 MCU ini akan mengisahkan tentang Shang-Chi menentang organisasi Ten Rings yang telah diperkenalkan dalam filem Iron Man 3. 

Siri Disney Plus: WandaVision (Spring 2021)

Paul Bettany dan Elizabeth Olsen akan kembali memainkan peranan mereka sebagai Vision dan Wanda dalam rancangan Disney Plus WandaVision yang akan mula disiarkan pada musim bunga 2020. Teyonah Parris akan turut menyertai siri televisyen ini dengan membawa watak Monica Rambeau yang telah dewasa. Karakter Monica Rambeau telah diperkenalkan dalam filem Captain Marvel yang lalu.

Pengarah dan showrunner untuk siri ini masih lagi tidak diketahui manakala skrip ditulis oleh salah seorang penulis skrip filem Captain Marvel.

Siri Disney Plus: Loki (Spring 2021)

Siri televisyen Loki ini akan menjawab kemana adik tiri Thor ini pergi selepas menggunakan Tesseract dalam filem Avengers: Endgame. Itulah yang dinyatakan oleh presiden Marvel Studios, Kevin Fiege. Karakter Loki dalam siri televisyen ini juga tidak seperti versi Thor: Ragnarok dimana dia telah berubah, sebaliknya perangainya sama seperti dalam filem The Avengers. Tom Hiddleston akan kembali memainkan peranannya sebagai Loki, manakala pengarah dan showrunner siri ini masih lagi tidak diketahui.

Doctor Strange in the Multiverse of Madness (7 Mei 2021)

Benedict Cumberbatch akan kembali membawa peranannya sebagai Doctor Strange dalam filem kedua berjudul Doctor Strange in the Multiverse of MadnessPelakon tersebut akan turut disertai Elizabeth Olsen sebagai Wanda Maximoff. Scott Derrickson akan kembali mengarahkan sekuel Doctor Strange. Adakah dunia ‘multiverse’ MCU sebenarnya bermula dalam filem ini? nantikan perkembangan lanjut mengenainya.

Siri Animasi: What If…? (Summer 2021)

Siri animasi pertama dalam MCU yang dicipta secara eksklusif untuk platform Disney Plus. Animasi ini akan menceritakan kewujudan realiti alternatif dalam Marvel Universe dimana superhero dan supervillain memainkan peranan berbeza dari realiti asal. Aktor-aktor dalam Marvel Cinematic Universe akan memainkan peranan mereka sebagai pelakon suara, manakala pelakon Jeffrey Wright akan membawa suara karakter popular The Watcher.

Siri Disney Plus: Hawkeye (Fall 2021)

Jeremy Renner akan kembali membawakan wataknya sebagai Clint Burton / Hawkeye. Dalam siri ini, dia akan mengajar anak murid, Kate Bishop dan mengambil mantel Hawkeye dari Clint Burton. Mungkin siri ini akan mendorong kepada pembikinan filem Young Avengers? 

Thor: Love and Thunder (5 November 2021)

Filem keempat Thor yang baru diumumkan dan menyaksikan Taika Waititi kembali mengarahkan filem Thor selepas Thor: Ragnarok. Lebih menarik, Jane Foster lakonan Natalie Portman akan kembali dalam dunia MCU dan dia akan menjadi Mighty Thor, the goddess of Thunder. Chris Hemsworth dan Tessa Thompson akan kembali membawakan watak mereka sebagai Thor dan Valkyrie dalam filem Thor: Love and Thunder

Blade

Antara kejutan di dewan H, SDCC ialah pengumuman filem yang paling lama dikaitkan dengan MCU iaitu Blade. Semasa perbentangan perancangan Fasa 4 MCU, Kevin Feige telah menjemput pemenang anugerah Academy, Mahershala Ali naik ke pentas dan seterusnya mengumumkan perancangan filem Blade yang akan dibintangi aktor hebat itu. Setakat ini tidak diketahui tarikh tayangan filem antihero ‘vampire’ itu. Adakah Blade akan menjadi filem ‘R-rated’ pertama Marvel Cinematic Universe? nantikan perkembangan lanjut.

Fantastic Four

Dipenghujung majlis panel Marvel Studio di dewan H, SDCC, Kevin Feige mengesahkan filem Fantastic Four sedang dirancang oleh mereka, namun beliau tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai filem tersebut. Ramai pemerhati menjangkakan, Fantastic Four akan menemui penonton pada 2022 atau 2023.

Diakhir sesi panelis, Kevin Feige mengingatkan kepada pengunjung bahawa, 3 filem lain iaitu Black Panther 2, Guardians of the Galaxy Vol. 3 dan Captain Marvel 2 akan dihasilkan tidak lama lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here