Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Fantastic Beasts 3: WB Bayar Gaji RM41 Juta Kepada Johnny Depp

Pelakon Johnny Depp akan menerima bayaran sekurang-kurangnya RM41 juta daripada Warner Bros. selepas namanya digugurkan dari filem Fantastic Beasts 3. 

Syarikat produksi terbabit dikehendaki membayar gaji penuh kepadanya, walaupun dia tidak lagi memegang watak Gellert Grindelwald dalam filem fantasi itu yang memulakan penggambaran sejak 20 September lalu.

Depp memiliki peruntukan khas wajib bayar dalam kontraknya dan berhak mendapat bayaran penuh walau apa terjadi kepada filem itu. Ia termasuk, sama ada filem itu dihentikan atau wataknya digantikan dengan pelakon lain.

Beberapa hari yang lalu, Depp mengumumkan pengundurannya dari filem Fantastic Beasts 3 selepas diminta berbuat demkian oleh Warner Bros. Kekalahan dalam perbicaraan kesnya dengan bekas isteri, Amber Heard dikatakan menjadi punca namanya digugurkan. 

Keputusan mahkamah tinggi London memihak kepada Amber, berkenaan tuduhan dia dikasari Depp sepanjang dalam rumah tangga mereka. Menurut mahkamah, laporan akhbar The Sun yang mengatakan aktor itu melakukan keganasan hakikatnya adalah benar.

Bagaimanapun, Depp menerusi kenyataannya merancang akan membuat rayuan terhadap tuduhan dilakukan bekas isteri terhadapnya.

“Saya berhajat untuk terus membuktikan bahawa tuduhan ke atas saya itu adalah palsu. Hidup dan karier saya tidak akan ditakrifkan dengan situasi yang berlaku sekarang,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee