Selepas beberapa kali tertangguh, akhirnya filem prekuel ketiga Harry Potter, Fantastic Beasts 3 kembali ke landasan sebenar apabila tarikh penggambarannya telah ditetapkan pada Februari 2020. Pekara tersebut didedahkan salah seorang pelakonnya, Dan Fogler.
Filem ini sepatutnya memulakan penggambarannya pada Julai yang lalu, namun ditangguh ke September – Oktober, dan kini produksinya ditangguhkan sekali lagi hingga ke tahun hadapan.
Menurut Fogler, dia mendengar bahawa J.K Rowling sedang “menulis skrip dengan marah”, dan turut menyatakan bahawa dia masih belum menerima skrip untuk filem akan datang. Selain itu juga, dia turut berharap dalam filem akan datang, teman wanitanya akan dapat dibebaskan dari cengkaman ahli sihir jahat, Gellert Grindelwald.
“I hope that he gets Queenie back. … I haven’t seen a script yet, and I’ve lost a significant amount of weight, and I think it will be funny if — you know how she put a spell on me to follow her around like a puppy?”
“What if she also put a spell on me to get fit? So there’s that. But also, on a philosophical level, it’ll be interesting… We’re in the middle of the Depression, he’s just on a bender of loss. He lost her … I’m just saying this is the thing that I have in my head, that he’s lost his appetite.”
Dua filem Fantastic Beasts yang lalu diarahkan oleh David Yates berdasarkan skrip yang ditulis oleh J.K. Rowling, dan diterbitkan oleh David Heyman, Rowling, Steve Kloves dan Lionel Wigram.
Filem sebelum ini iaitu Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald, berjaya meraih $653 juta dolar seluruh dunia, dan menyaksikan Grindelwald bangkit untuk meletuskan perang global diantara manusia biasa dan ahli sihir.
Sumber: Comingsoon.net