FanArt Bosslogic Yang Memaparkan Eva Green Sebagai Nightmare

614
views

Selain The Eternals, Shang-Shi: The Legend of the The Rings, Black Widow dan Thor: Love and Thunder, filem kedua Doctor Strange berjudul Doctor Strange in the Multiverse of Madness turut menjadi salah satu projek fasa 4 Marvel Cinematic Universe.

Filem solo kedua Doctor Strange itu turut akan melibatkan salah seorang ahli Avengers iaitu Wanda Maximoff a.k.a Scarlet Witch. Setakat ini, penjahat yang bakal ditentang oleh Strange dan Wanda masih belum diketahui. Ada yang berpendapat, Mordo (Chiwetel Ejiofor) akan membalas dendam terhadap Strange, dan terdapat ura-ura mengatakan Nightmare menjadi pilihan untuk menganggu-gugat ‘universe’ MCU

Antara kedua-dua karakter tersebut, Nightmare dilihat semakin hampir untuk dipilih menjadi musuh Doctor Strange. Ini berdasarkan kenyataan dari temubual pengarah Scott Derrickson bersama IGN pada tahun 2016 yang lalu.

“I really like the character of Nightmare and the concept that the Nightmare Realm is a dimension. […] That’s early — that’s like the first Strange tale. I think that’s in the introductory episode of Doctor Strange, and I always loved that.”

Walaupun “villain” masih belum disahkan Marvel Studios, seorang pelukis grafik terkenal, @Bosslogic telah berura-ura untuk melihat Nightmare sebagai antagonis dalam filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness akan datang dan, dia memilih aktres Eva Green sebagai subjek karya seninya.

Nightmare pertama kali diperkenalkan dalam komik Strange Tales #100 pada tahun 1963 dan merupakan musuh ketat Doctor Strange dan Ghost Rider. Dia merupakan pemerintah dalam Dimensi Mimpi dan merupakan anggota “Fear Lords”, kumpulan 7 syaitan yang berkonspirasi untuk menakluki Bumi menerusi ketakutan. Nightmare mempunyai abiliti untuk menarik tenaga psikik menerusi minda bawah sedar ketika bermimpi.

Dengan penglibatan Wanda dalam filem kedua Doctor Strange ini, berkemungkinan Nightmare adalah calon antagonis yang sesuai memandangkan kebolehan karakter jahat itu untuk memanipulasi mimpi seseorang serta mewujudkan dunia ‘multiverse’

Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, adakah anda rasa pilihan @bosslogic tepat? kongsikan pendapat anda.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here