Susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 6 Disember ini, GSC mengumumkan bahawa tayangan peminat untuk filem Demon Slayer: Mugen Train akan ditangguhkan sehingga diberitahu kelak. Pekara tersebut diumumkan menerusi laman Twitter rasmi GSC. Anda boleh lihatnya dibawah.
Hi #DemonSlayer fans,
— GSC (@GSCinemas) November 8, 2020
As you know, CMCO will be extended until 6 December.
That means the Fan's Screening will be delayed to an unknown date.
Right now what we need to do is to do our part and bring the cases down.
So stay safe and stay tuned for more updates! https://t.co/nF8PhkXzyI
Filem ini merupakan sekuel kepada filem siri animasi TV Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba (2019). Setelah tamat menjalani latihan pemulihan di Butterfly Mansion, Tanjiro Kamado dan rakan-rakannya, Zenitsu, Nezuko dan Inosuke serta pahlawan paling kuat di Demon Slayer Corps, Kyōjurō Rengoku, bakal terlibat dengan misi baru. Mereka perlu menyiasat misteri kehilangan lebih kurang 40 orang di dalam Kereta Api Mugen. Pada masa yang sama, mereka tidak menyedari bahawa salah seorang ahli kumpulan Twelve Kizuki, Enmu, telah memasang perangkap dalam kereta api tersebut.
Demon Slayer: Kimetsu No Yaiba: Mugen Train disuarakan oleh Natsuki Hanae, Akari Kito, Hiro Shimono, Yoshitsugu Matsuoka, Satoshi Hino dan Daisuke Hirakawa.
Demon Slayer: Mugen Train akan ditayangkan secara rasmi dipawagam tempatan pada 4 Februari ini.