Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Fan Poster “The Mandalorian” Gambarkan Sebastian Stan Sebagai Luke Skywalker


Episod terbaru The Mandalorian menyaksikan Din Djarin / Mandalorian dan Gorgu telah bertemu dengan Ahsoka Tano (lakonan Rosario Dawson).

Hero The Clone Wars itu mendedahkan bahawa dia tidak dapat melatih The Child kerana hubungannya dengan Mandalorian, tetapi dia menunjukkan arah ke lokasi dimana mereka berdua mungkin dapat bertemu dengan Jedi lain (seperti yang diinginkan Grogu).

Sejak beberapa hari yang lalu, terdapat spekulasi yang mengatakan Luke Skywalker mungkin mengambil The Child sebagai anak muridnya, walaupun kemudiannya terdapat berita yang agak menyedihkan, dimana peminat tahu bahawa semua anak murid Luke akan dibunuh oleh Ben Solo dan Knight of Ren. 

Sukar untuk mengatakan bahawa Ahsoka mahu Luke melatih Grogu memandangkan mereka berdua tidak pernah bertemu. 

Apapun spekluasinya, peminat The Mandalorian pasti teruja dengan poster peminat yang menampilkan bintang MCU, Sebastian Stan sebagai Luke Skywalker sewaktu masih muda. Ya, wajah Stan hampir sama dengan Mark Hamill, yang memainkan peranan Luke Skywalker, dan Hamill juga pernah kongsi gambar perbandingan diantara mereka berdua. 


Jika Disney atau Lucasfilm mahu menghidupkan semula watak Luke Skywalker, Sebastian Stan adalah pelakon yang paling sesuai.

Dalam musim kedua, Mandalorian bersama The Child meneruskan perjalanan mereka, menghadapi musuh dan bertemu sekutu ketika melalui galaksi yang penuh bahaya selepas era kejatuhan Galactic Empire

Pedro Pascal memainkan peranan utama sebagai The Mandalorian, dan disertai Gina Carano yang memainkan peranan sebagai Cara Dune, bekas Rebel Shock Trooper yang menghadapi masalah untuk bergaul dalam masyarakat; serta Carl Weather sebagai Greef, ketua kumpulan pemburu upahan yang mengupah The Mandalorian untuk menjalankan tugas tertentu.

The Mandalorian telah memulakan episod pertama pada 30 Oktober yang lalu di Disney+.

Sumber: Screenrant


Related posts

Disney+ Bakal Menyekat Perkongsian Kata Laluan Mulai Tahun Hadapan

Kakimuvee

Finale Secret Invasion Hanya Mendapat Skor 13% Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Disney+ Dedah Poster Siri ‘Percy Jackson and the Olympians ‘

Kakimuvee

Geum Sae Rok & Noh Sang Hyun Akan Menjadi Teraju Utama ‘Soundtrack #2’

Kakimuvee

Marvel Keluarkan Klip Terbaru ‘Secret Invasion’ Yang Menampilkan Nick Fury & Maria Hill

Kakimuvee

Marvel Kongsikan Kata Kunci Untuk Penonton Mengakses Fail Rahsia ‘Secret Invasion’

Kakimuvee