Seperti yang kita tahu, Marvel Studio begitu teliti dalam menghasilkan timeline siri sinematik baik dari versi filem dan siri TV. Jika kita melihat timeline filem-filem Marvel tidaklah begitu mengelirukan seperti yang berlaku pada siri-siri filem X-Men keluaran Fox Studio.
Tapi tahukah anda, setiap siri TV Marvel yang dihasilkan seperti siri TV Agent Carter, Agents of S.H.I.E.L.D turut berkait dengan filem-filem Marvel dan jika digabungkan siri filem dan siri televisyen, ia pasti akan memeningkan anda semua.
Bagi memudahkan peminat memahami timeline Marvel Cinematic Universe (MCU), seorang peminat tegar Marvel telah mencipta sebuah timeline sinematik Marvel dari zaman sebelum perang dunia sehingga zaman masakini. Peminat yang menggunakan nama pena MrRLopez juga turut menandakan tempat-tempat yang berlaku dalam setiap siri TV Marvel dan filem di Google Map supaya memudahkan penonton untuk mengentahui dimanakah event-event tersebut berlaku di seluruh dunia.
Kami agak kagum dengan usaha yang dilakukan oleh beliau, kerana ia mudahkan peminat siri filem dan televisyen Marvel memahami timeline MCU dengan mudah dan jelas. Jadi kepada yang ingin mengentahui dengan lebih lanjut mengenai timeline MCU, silalah anda lihat pada timeline dan Google Map yang kami kongsikan ini