Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

‘Fan Art’ The Batman Yang Menampilkan Daisy Ridley & Vanessa Kirby Sebagai Catwoman


a

Filem The Batman kini sedang dalam fasa pra-produksi, bagaimanapun tidak banyak info diketahui tentang filem arahan Matt Reeves itu terutamanya pelakon-pelakon yang akan bergandingan dengan Robert Pattinson yang membawakan peranan Batman.

Sebelum ini kami ada mengeluarkan artikel mengenai khabar angin yang mengaitkan bintang Hobbs & Shaw, Vanessa Kirby sebagai Catwoman dalam filem The Batman. Kirby merupakan salah seorang aktres yang dikaitkan dengan watak tersebut. Beberapa nama lain yang turut dikaitkan dengan watak Catwoman adalah Chloe Grace Moretz, Jodie Comer, dan Ana de Armas.

Seorang pelukis konsep, John Regan telah berkongsi karyanya dilaman Twitter yang menampilkan Vanessa Kirby dalam sut Catwoman. Selain itu juga dia turut memberi gambaran kepada penonton bagaimana bintang filem Star Wars, Daisy Ridley kelihatan dalam sut Catwoman.

Jika hendak dibandingkan diantara Kirby dan Ridley, bintang Star Wars itu dilihat lebih sesuai untuk membawakan peranan Selina Kyle, bagaimanapun Kirby juga mungkin boleh menjadi Catwoman versi ‘blonde’ seperti yang pernah dilakonkan Michelle Pfeiffer.


Apapun, anda lihat dua ‘fan art’ yang dihasilkan oleh John Regan dibawah, dan beritahu kepada kami, antara mereka berdua mana yang lagi sesuai untuk menjadi penggoda Batman?


Related posts

Penonton Antarabangsa Beri Pulangan Besar Pada ‘Aquaman 2’

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem “Superman Live” Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Kutipan Taylor Swift: The Eras Tour Jauh Lebih Baik Dari Semua Filem DC Tahun 2023

Kakimuvee

DCU: Semua Pelakon ‘Justice League’ Tidak Akan Mengulangi Peranan Masing-Masing

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee