Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Siri TV

Falcon And The Winter Soldier Akan Mengambil Pengaruh John Wick

Seperti yang peminat tahu, pencipta francais John Wick, Derek Kolstad menjadi salah seorang ahli dalam pasukan kreatif siri televisyen Falcon and The Winter Soldier. Penglibatan Kolstad sudah tentu menjadi bualan dikalangan peminat Marvel, terutamanya yang ingin mengentahui hala tuju dan ‘tone’ salah sebuah siri televisyen Marvel Disney+ itu.

Ketika mengambilalih laman Twitter @DiscussionFilm baru-baru ini, Koldstad telah menjawab beberapa soalan yang diajukan oleh peminat. Salah satunya mengenai pengaruh John Wick dalam siri Falcon and The Winter Soldier. Menurut penulis itu, Falcon and The Winter Soldier akan menyerupai filem John Wick, tetapi kurang adegan-adegan tembakan di kepala.

“There’s a wink and a nod to the world building of John Wick to be sure. Just fewer head shots.”

Selain itu juga, Koldstad turut menjanjikan bahawa siri terbaru Marvel ini akan menghiburkan para penonton

Anthony Mackie dan Sebastian Stan akan kembali membawakan watak mereka dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) sebagai Sam Wilson a.k.a Falcon dan Bucky Barnes a.k.a Winter Soldier. Mereka akan disertai pelakon Daniel Bruhl dan Emily VanCamp yang akan meneruskan peranan mereka sebagai Helmut Zero dan Agent Sharon Carter serta pendatang baru dalam dunia MCU, Wyatt Russell yang memainkan peranan sebagai U.S Agent.

Siri televisyen 6 episod ini bakal disiarkan di Disney+ mulai Ogos tahun hadapan.

Sumber: DigitalSpy

Related posts

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Saksikan TV-Spot, Poster & Lakaran Promo Terbaru Siri Animasi MCU “What If…?”

Kakimuvee

“The Suicide Squad” Disahkan Segar Di Rotten Tomatoes Dengan Rating 96%

Kakimuvee

[NETFLIX] Trailer “Vivo” Goda Penggembaraan Muzikal Yang Tidak Akan Dilupakan

Kakimuvee

Netflix Umum Musim Kedua “Sweet Tooth”

Kakimuvee

Leave a Comment