Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Faizal Hussein Tolak Tawaran Menjadi Pengarah


Pelakon veteran yang juga merupakan pelakon terkenal tanah air, Faizal Hussein mendedahkan bahawa beliau telah banyak kali menolak tawaran sebagai pengarah selain merasakan dirinya tidak mempunyai bakat dalam bidang tersebut. Beliau mendedahkan pekara tersebut semasa ditemui wartawan mStar Online.

“Tawaran mengarah banyak, tapi saya memang tidak berminat dan tiada bakat sebagai pengarah, jadi lebih baik berlakon sahaja. Kalau semua benda nak buat tetapi tiada satu pun yang anda mahir susah juga,”

Dalam pada itu, pelakon KL Wangan ini berkata walaupun dia menolak banyak tawaran mengarah, namun dia masih lagi dihujani dengan tawaran berlakon.

Biarpun sudah berusia setengah abad, tetapi Faizal masih lagi diberi kepercayaan untuk memegang watak utama dalam sesebuah filem.

Sementara itu, bercerita lanjut mengenai kerjaya seninya Faizal mengakui teruja apabila dapat bekerjasama dengan pelawak, pelakon dan pengacara, Nabil Ahmad dalam filem televisyen (FTV) terbitannya berjudul The Hantus.


Dalam FTV itu, dia mengambil peluang untuk mencuba sesuatu baru iaitu dia membawa watak sebagai hantu.

Antara faktor lain yang membuatkannya menerima tawaran dalam naskhah itu kerana ia sebuah projek yang belum pernah dilakukannya lagi, selain mahu bekerja di bawah arahan Nabil yang disifatkan sebagai seorang pengarah yang cukup berbakat.

Sumber: Cinema Online


Related posts

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari

Kakimuvee

Mael Totey The Movie Kutip Hampir RM700 Ribu Pada Hari Pertama

Kakimuvee