Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Faizal Hussein Terpaksa Kunci Mulut Kerana Tun Mahathir

mahathir

Sejak babak lakonan beliau bersama Tun Mahathir menjadi viral, pelakon utama filem Kapsul, Faizal Hussein terpaksa mengelak daripada ditemuramah oleh media kerana perjanjian dengan beberapa pihak.

Faizal, 47, berkata, dia telah diminta oleh pihak produksi agar tidak membuat sebarang kenyataan berkaitan babak tersebut kepada media sebulan sebelum tarikh tayangan.

“Ramai wartawan telefon dan cari saya untuk beri komen tentang babak itu, namun saya tidak menjawab penggilan kerana kalau saya jawab sekali pun saya tidak boleh beri kenyataan tentang apa yang mereka mahu.”

Menurut mStar Onlina, Faizal Hussein bukan sahaja terpaksa menolak permintaan media tempatan, malah beberapa media antarabangsa dari Indonesia, Jepun dan beberapa negara lain turut terpaksa ditolak. Menurut Faizal lagi, pihak produksi dan badan yang bertanggungjawab membawa Tun tidak membenarkan beliau mengeluarkan kenyataan sehingga 17 Ogos ini.

Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas tentang tuduhan enggan bekerjasama ketika diminta mengulas babak lakonanya bersama bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Muhammad yang menjadi viral di laman sosial.

Tonton Official Trailer Filem Kapsul Disini

Dalam trailer berdurasi 30 saat itu, Tun telah muncul sebagai pelakon dalam filem tersebut, dan sejak dari itu, trailer tersebut telah menjadi viral di media sosial.

faizal-hussein-berlakon-dengan-mahathir-1 (1)

Sementara itu, kata Faizal penglibatan Tun Mahathir dalam produksi tersebut dipersetujui selepas lebih setahun filem tersebut siap menjalani penggambaran.

Kata Faizal, babak bersama tokoh negarawan itu terpaksa dilakokan semula yang mana pada asalnya dilakonkan oleh pelakon Haryanto Hassan.

Dalam pasa itu, bercerita pengalaman berlakon bersama Tun Mahathir, Faizal berkata ia bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan.

“Saya seperti tidak percaya kerana ia pada awalnya hanya angan-angan sahaja, biarpun hanya beberapa minit sahaja babak itu, namun ia sangat bermakna.

“Filem ini adalah menceritakan tentang ideologi beliau dan pada penghujung cerita nanti beliau juga akan keluar dengan kereta proton baharu,” ujarnya.

Filem ini adalah hasil intepretasi pengarahnya iaitu Allahyarham Martis Mohd Ali berkenaan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul tentang amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Filem Kapsul dibintangi oleh Datuk Rahim Razali, Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Adlin Aman Ramli dan Irfan Khairi itu bakal menemui penonton seluruh negara mulai 17 September ini.

Sumber: mStar Online

Related posts

Dave Bautista Akan Bersara Dari Bawa Watak Drax Selepas “Guardians of the Galaxy Vol. 3”

Kakimuvee

Video Featurette “F9” Tunjuk Kesan Praktikal Yang Luar Biasa

Kakimuvee

THE BATMAN: Tonton Video Klip Selina Kyle/Catwoman Lakonan Zoe Kravitz

Kakimuvee

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee