Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“F9: The Fast Saga” Ditunda Lagi”


Selepas ditunda beberapa kali akibat pandemik COVID-19, Universal Pictures sekali lagi menunda tarikh tayangan filem kesembilan francais Fast & Furious. 

Menurut laporan The Wrap, filem arahan Justin Lin “F9: The Fast Saga” yang sepatutnya ditayangkan pada 28 Mei ini, telah ditukar tarikh tayangannya ke 25 Jun 2021. Filem yang diterajui Vin Diesel ini akan berentap dengan satu lagi filem blockbuster terbitan Sony, “Venom: Let There Be Carnage.”

Selain itu juga, Universal turut menunda filem animasi sekuel “Minions: The Rise of Gru”. Filem terbitan Illumination itu dijangka menemui penonton pada 1 Julai 2022. 

Dalam “F9”, Dom Toretto lakonan Vin Diesel menjalani kehidupan yang tenang di luar grid bersama Letty dan anaknya, Brian, tetapi mereka tahu bahawa bahaya selalu mengancam mereka. Kali ini, ancaman itu akan memaksa Dom untuk menghadapi dosa masa lalunya jika dia menyelamatkan orang-orang yang paling dia cintai.

Krewnya bergabung bersama untuk menghentikan plot yang menghancurkan dunia yang diketuai oleh pembunuh yang paling mahir dan pemandu berprestasi tinggi yang pernah mereka temui: seorang lelaki yang juga kebetulan adalah saudara lelaki yang ditinggalkan Dom, Jakob (John Cena).


“F9: The Fast Saga” dibintangi Vin Diesel yang akan meneruskan peranan utamanya, bersama-sama pelakon asal, seperti Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris.dan Michael Rooker.

Filem ini turut dibintangi Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan memainkan peranan mereka dari filem “Fate of the Furious”.

Pengarah Justin Lin kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin


Related posts

Klip Video FALL GUY Papar Babak Lagak Ngeri Yang Penuh Aksi

Kakimuvee

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Vin Diesel Umum Tarikh Tayangan ‘Fast X Part 2’, Puji Lakonan Jason Momoa

Kakimuvee