Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“F9: The Fast Saga” Catat Kutipan Minggu Pembukaan Terbaik Untuk Pawagam IMAX Sejak Pandemik Bermula

Filem F9: The Fast Saga menerajui carta IMAX selepas mencatatkan kutipan minggu pembukaan terbaik sejak pandemik bermula.

Entri terbaru dalam francais aksi The Fast & The Furious itu berjaya mengutip $14 juta dolar dari pawagam IMAX dan menjadi tayangan pembukaan antarabangsa kedua terbesar pada bulan Mei, dibelakang Captain America: Civil War.  Selain itu juga, F9 turut sukses di pawagam China apabila berjaya membawa pulang $12.4 juta dolar pada minggu pembukaan. 

“Blockbuster musim panas telah tiba dengan debut F9 yang kuat, dan jelas ada permintaan yang sihat di kalangan penonton global kerana filem Hollywood yang besar dan sangat dinanti-nantikan kini kembali ke pawagam,” ujar CEO IMAX, Rich Gelfond.

Dipasaran lain-lain, F9: The Fast Saga turut mencipta rekod kutipan sepanjang musim pandemik. Di Rusia, filem tersebut mengutip $1 juga dolar, manakala di Korea Selatan ia berjaya mengutip $470,000 dolar, kutipan terbesar sejak 2019. 

Filem terbaru francais Fast and Furious ini dibarisi pelakon seperti Vin Diesel, yang akan meneruskan peranan utamanya sebagai Dom Toretto,  Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris dan Michael Rooker. Turut menyertai barisan pelakon adalah Charlize Theron dan Helen Mirren yang akan meneruskan peranan mereka dari filem “Fate of the Furious”.

Pengarah Justin Lin kembali mengarah francais kali ini selepas menerajui 3 filem awal Fast and Furious iaitu filem ketiga sehingga keenam. Dan Casey bertindak selaku penulis skrip berdasarkan cerita dari Lin.

F9 akan ditayangkan dipawagam tempatan pada 24 Jun ini.

Related posts

Kisah Persahabatan Antara Seorang Remaja & Robotnya Yang Rosak Dalam Trailer “Ron’s Gone Wrong”

Kakimuvee

Netflix Umum Tarikh Tayangan Filem Aksi-Thriller “Kate” Lakonan Mary Elizabeth Winstead

Kakimuvee

Bill Skarsgård Sertai “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Gambar BTS Terbaru “Indiana Jones 5” Memaparkan Kepulangan Semula Harrison Ford

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Akan Ditayangkan Pada 2023

Kakimuvee

Donnie Yen Sertai Barisan Pelakon “John Wick: Chapter 4”

Kakimuvee

Leave a Comment

Add your own review

Rating