Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ezra Miller & Amber Heard Tidak Akan Dipecat Dari DCEU

Walaupun baru berusia 7 tahun, DCEU sudah mengalami pelbagai kontroversi dan kegagalan. Dikala berlaku rombakan besar-besaran pada perancangan filem-filemnya, DCEU turut berhadapan dengan isu yang melanda pelakon utamanya. 

Ezra Miller dan Amber Heard kini berhadapan dengan publisiti negatif sehingga timbul khabar angin bahawa mereka berdua mungkin tidak akan kembali dalam DCEU sebagai Barry Allen dan Mera. 


Kontroversi mula melanda Miller selepas video yang memaparkan dia mencekik peminat tersebar beberapa bulan lalu, manakala Heard kini sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang dari bekas suaminya, Johnny Depp. 

Peminat telahpun melancarkan petisyen bagi mendesak Warner Bros. memecat kedua-dua pelakon itu. Tetapi, pihak studio dilaporkan masih mahu mengekalkan Miller dan Heard dalam DCEU meskipun petisyen tersebut telah mendapat sokongan ribuan peminat. 

Apapun kita nantikan pengumuman rasmi dari pihak studio sama ada mahu mengekalkan kedua-dua pelakon itu atau menyingkirkan mereka selepas terpalit dengan kontroversi yang mungkin memberi kesan kepada prestasi filem.

 

Related posts

Barisan Penulis “Doctor Strange 2” Pernah Bincangkan ‘Cameo’ Deadpool

Kakimuvee

Liam Neeson Masih Berbisa Dalam “Memory”, Kini Ditayangkan Di Pawagam

Kakimuvee

Trailer Resident Evil: Kejahatan Telah Berkembang Dalam Siri Seram Terbaru Netflix

Kakimuvee

Christopher Walken Sertai “Dune: Part 2”, Akan Bawa Watak Emperor Shaddam IV

Kakimuvee

CrunchyRoll Umum Tarikh Tayangan Global Untuk Filem Anime “Dragon Ball Super: Super Hero”

Kakimuvee

Strim “The Boss Baby: Family Business” & “A Quiet Place Part II” Di HBO GO Pada Bulan Ini

Kakimuvee

Leave a Comment