Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

EXTRACTION Raih Tayangan Perdana Terbesar Netflix


Filem terbaru Netflix lakonan Chris Hemsworth, Extraction mencipta rekodnya yang tersendiri apabila meraih tayangan perdana terbesar buat laman penstriman video itu. Extraction mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 90 juta pengguna dalam tempoh seminggu berbanding filem aksi lakonan Ryan Reynold, 6 Underground yang mencatatkan jumlah tontonan sebanyak 83 juta dalam tempoh yang sama.

Extraction bukan sahaja berjaya menambat hati peminat malah turut mendapat respon positif para pengkritik.

Bertempat didunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludup, Extraction berkisarkan tentang seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan diantara kumpulan pengedar dadah. Selepas diculik dan dikurung disebuah bandar yang sukar untuk ditembusi, Tyler Rake, seorang bekas askar upahan yang penuh pengalaman cuba untuk menyelamatkannya. Dengan tiada apa yang perlu dikorbankan, Rake melakukan apa sahaja demi menyelesaikan misi yang hampir mustahil.

Barisan pelakon terdiri daripada  Chris Hemsworth (Thor: Ragnarok), David Harbour (Stranger Things, Black Widow), Derek Luke (13 Reasons Why), Fay Masterson (Vice), Golshifteh Farahani (Paterson) dan pelakon baru, Rudhraksh Jaiswal.

Diarahkan koordinator lagak ngeri Atomic Blonde, Sam Hargrave, Extraction kini sedang ditayangkan di laman penstriman video Netflix.



Related posts

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee

Netflix Kongsi Klip Terbaru “Castaway Diva” Park Eun Bin

Kakimuvee

Review Filem: Zom 100: Bucket List of the Dead (2023)

Kakimuvee

Netflix Dedah Pandangan Pertama Siri Aksi Langsung Yu Yu Hakusho

Kakimuvee