
Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz, memberi kejutan kepada peminatnya apabila berkongsikan sebuah video yang memaparkan dia bersama Iedil Putra berada di atas pentas yang turut menampilkan bintang MCU, Chris Hemsworth.
Perkongsian tersebut bukanlah perkongsian biasa, kerana ia memaparkan Aaron dan Iedil Putra berada di majlis pelancaran filem Netflix Extraction 2 di Filipina. Tiada maklumat lanjut mengenai kehadiran mereka disana, sama ada sebagai tetamu yang membintangi filem aksi itu atau sebaliknya.
“Alhamdulillah atas peluang berada di Filipina. Allah lebih mengentahui,” tulis Aaron di laman Instgram rasmi miliknya.
Bagaimanapun Aaron sempat mengusik adegan aksi Extraction 2 yang dikatakan jauh lebih menarik dari Fast X.
“Fight scene gempak gila!! 100 kali ganda lebih hebat dari Fast X. Anda mesti melihatnya!!,”
Anda boleh lihat video Aaron Aziz dan Iedil Putra bersama Chris Hemsworth dibawah:
“Selepas hampir tidak terselamat dalam peristiwa filem pertama, Rake kembali sebagai tentera upahan operasi rahsia Australia, ditugaskan dengan satu lagi misi yang membawa maut: menyelamatkan keluarga yang dipukul samseng Georgia yang kejam dari penjara tempat mereka ditahan.” menurut sinopsis.
Extraction 2 sekali lagi diarahkan oleh Sam Hargrave berdasarkan lakon layar yang ditulis oleh Joe Russo. Sama seperti filem pertama, ia juga diterbitkan oleh pengarah Avengers: Endgame, Anthony dan Joe Russo melalui sepanduk AGBO mereka bersama-sama dengan Hemsworth.
Filem asal, Extraction, bertempat di dunia yang penuh dengan penjual senjata haram dan penyeludupan. Ia menceritakan seorang kanak-kanak lelaki yang dijadikan catur dalam pertembungan di antara kumpulan pengedar dadah.