Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Extended Version “Mael Totey” Akan Ditayangkan Di YouTube Syahmi Sazli Dari 22 Mei Hingga 21 Jun ini

Kepada peminat Syahmi Sazli, anda berpeluang untuk menonton versi panjang filem Mael Totey The Movie di laman YouTube Syahmi Sazli mulai 22 Mei hingga 21 Jun ini. Filem tersebut boleh ditonton oleh pengguna yang telah mendaftar keahlian Syahmi Sazli. Anda boleh lihat pengumuman Mael Totey The Movie Extended Version dibawah. 

Mael Totey The Movie diarahkan YouTuber terkenal Syahmi Sazli. Filem ini diangkat dari siri YouTube berjudul sama dengan anggaran kos pembikinan sekitar RM300,000 sehingga RM400,000.

Dibintangi Syahmi Sazli sebagai Mael, filem ini berkisar tentang berkisar seorang pemuda lurus bendul bernama Mael yang cuba memikat gadis bernama Yaya. Bagaimanapun, gadis tersebut meletakkan syarat agar dia belajar bahasa Inggeris sebelum dapat berkawan dengannya. Demi memenuhi permintaan Yaya, Mael belajar bahasa Inggeris bersama ‘Teacher’. Namun, Mael tidak tahu bahawa hatinya akan dipikat oleh orang gadis lain.

Turut menyertai barisan pelakon adalah Asif Suhaimi, Yoe Parey, Emaleen Minhad, Wanie Rohaimie, Yatin dan Bedul. Pelakon pembantu lain pula terdiri daripada Catriona Ross, Husyairi Hussin, Daler Yusof dan Kamarool Yusoff.

Related posts

Gandingan Fattah Amin & Diana Danielle Dalam Kisah Percintaan Fantasi Romantik GANJIL Oleh Viu

Kakimuvee

Gandingan Duo Ayah & Anak Kolaborasi Hebat Datuk Yusof Haslam & Shafiq Yusof Dalam “Gerak Khas Undercover”

Kakimuvee

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

Leave a Comment