Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Official TrailerSiri TV

Extended Trailer Crisis On Infinite Earths Paparkan Rakaman Terbaru Kepada Penonton


Crossover Crisis on Infinite Earths bakal bermula hujung minggu ini, dan bagi meningkatkan lagi adrenalin penonton, stesen The CW melancarkan extended trailer yang memberikan rakaman terbaru siri crossover mereka. Anda boleh saksikannya dipemain video dibawah.

Crisis on Infinite Earths berdasarkan siri komik terhad berjudul sama karya Marv Wolfman dan George Perez.

Crossover akan bermula dengan siri Supergirl pada Ahad, 8 Disember, diikuti Batwoman pada Isnin 9 Disember dan The Flash pada Selasa 10 Disember. Acara crossover akan berhenti seketika dan bersambung pada 14 Januari 2020 menerusi siri Arrow dan diakhir dengan siaran siri DC’s Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Brandon Routh akan memainkan dua peranan berbeza iaitu sebagai The Atom dan Superman. Selain itu juga beberapa pelakon akan kembali membawakan watak masing-masing seperti Tyler Hoechlin sebagai Clark Kent / Superman, Elizabeth Tulloch serta Erica Durance sebagai Lois Lane, Jon Cryer sebagai Lex Luthor, Tom Cavanagh sebagai Pariah dan LaMonica Garrett sebagai Anti-Monitor. Selain itu juga, Crisis on Infinite Earth akan turut menampilkan Black Lightning, Kevin Conroy Bruce Wayne dan Ashley sebagai Huntress

Dalam finale ‚Äėcrossover‚Äô¬†Elseworlds¬†yang lalu, Monitor (LaMonica Garrett) memberi amaran kepada wira tentang ‚ÄúKrisis‚ÄĚ yang akan berlaku.


https://youtu.be/TKLb4eP0lvg


Related posts

Drama Bersiri Max Original DUNE: PROPHECY Akan Membuat Debut Pada Musim Luruh Ini

Kakimuvee

Mega Minion Hadir Membantu Gru Dalam Trailer Terbaru Despicable Me 4′

Kakimuvee

Penjahat Utama Kembali Dalam Trailer Kung Fu Panda 4

Kakimuvee

Nicolas Cage Dedahkan Sebab Mengapa Filem ‚ÄúSuperman Live‚ÄĚ Tidak Dapat Dibuat

Kakimuvee

Nicholas Hoult Akan Memainkan Watak Lex Luthor Dalam Filem Superman: Legacy

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee