Berita

EXPO D23: Moon Knight, Ms. Marvel & She-Hulk Akan Disiarkan Di DisneyPlus

View

Ura-ura mengenai kemunculan karakter adiwira Ms. Marvel dalam dunia Marvel Cinematic Universe (MCU) akhirnya terjawab apabila Marvel Studios mengumumkan siri televisyen Ms. Marvel semasa di Expo D23 hari ini.

Siri tersebut akan ditayangkan di platform penstriman video Disney+ bersama-sama dua lagi siri terbaru Marvel iaitu She-Hulk dan Moon Knight. Setakat ini, tidak banyak maklumat didedahkan mengenai ketiga-tiga siri tersebut.

Untuk sinematik, peminat boleh menjangkakan lebih banyak filem akan diumumkan Marvel Studios di Expo D23 esok, walaupun sebelum ini mereka mengesahkan filem-filem fasa 4 MCU telah diumumkan sepenuhnya di San Diego Comic Con yang lalu.

Ms. Marvel pertama kali diperkenalkan dalam komik Marvel pada 2014, manakala She-Hulk menerusi komik “Savage She-Hulk” #1 pada tahun 1980 dan Moon-Knight menerusi komik “Werewolf by Night” #32 pada tahun 1975.

Nantikan pengumuman penuh Marvel Studios mengenai tiga siri terbaru Marvel ini.

BACA:  Lisa Surihani Bakal Muncul Dalam Telefilem Aksi Komedi "Geng

Tinggalkan Balasan

shares