The Expendables telah mengembalikan nostalgia filem-filem aksi zaman 80-an dan awal 90-an apabila menampilkan hampir kesemua aktor-aktor filem aksi pada zaman dalam satu filem.Ā Selain Sylvester Stallone, bintang-bintang sepertiĀ Arnold Schwarzenegger, Chuck Norris, dan Dolph Lundgren antara nama-nama besar yang turut membintangi siri franchais itu.
Ketiga-tiga siri filemĀ The ExpendablesĀ telah mengumpul hampir $800 juta kutipan box office. Bagaimanapun, filem ke tiga siri tersebut iaituĀ Expendables 3 yang ditayangkan pada 2014 telah mengalami kejatuhan yang teruk dari segi kutipan tiket dan penerimaan peminat.
Filem tersebut dikatakan telah dibocorkan 3 minggu sebelum tayanganya sehingga menyebabkan kesan yang teruk kepada pencapaian kutipan tiketnya malah tindakan mengurangkan aksi ganas berbanding dua filem sebelum itu semata-mata mahu mendapatkan rating PG-13 menyebabkan peminat mengkritik teruk filem itu.
Stallone memberitahu, dia menyesali tindakkannya mengurangkan aksi ganas dan menampilkan bintang muda dalam filem tersebut adalah sesuatu yang tidak tepat dan hampir membunuh filem tersebut. Tujuaan hanya untuk memastikan filem tersebut dapat ditonton oleh semua peringkat audience, tetapi tindakkan tersebut memberi reaksi negatif terhadap filem aksi itu.

Walaupun filem ketigaĀ The ExpendablesĀ boleh dikatakan gagal, Stallone tetap meneruskan siri keempat filem ini dan berharap filem terakhir dapat mendapat penerimaan yang tinggi dikalangan peminat.
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi mengenai siapakan aktor yang bakal membintangi filem ini, tarikh tayangan dan tarikh produksi, tetapi filemĀ Expendables 4Ā dijangka akan ditayangkan pada 2018.