Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Ewan McGregor Kongsi Reaksi Krew Produksi Selepas Melihat Hayden Christensen Sebagai Darth Vader


Episod ketiga Obi-Wan Kenobi minggu ini akhirnya mempertemukan Jedi Master dan Darth Vader dalam pertarungan ulangan epik yang kita semua nantikan.

Ia adalah pertempuran yang segit dan mendebarkan yang mengingatkan kita semua betapa menakutkan lelaki yang satu ketika dahulu dikenali sebagai Anakin Skywalker sebelum ia menyerahkan dirinya ke ‘Sisi Gelap’ sebagai Sith Lord. 

Pelakon Hayden Christensen kembali ke dunia Star Wars dan mengenakan kostum Darth Vader. Dalam temubual dengan Entertainment Tonight, bintang utama Obi-Wan Kenobi, Ewan McGregor berkongsi reaksi krew produksi selepas melihat rakan pelakonnya sebagai Darth Vader. 

“Saya seperti, ‘Mengapa ramai orang di sini hari ini?” ujar pelakon itu. 

“Hayden berjalan keluar dengan sut itu, dan saya seperti, ‘Oh, sudah tentu, itulah sebabnya semua orang berada di sini. Semua orang berada di sini untuk melihat detik ini.’ Saya tidak pernah melihat reaksi krew dan cara mereka memberi reaksi apabila [Hayden] muncul di set buat kali pertama sebagai Vader.”


“Maksud saya, ia seperti salah satu momen terhebat dalam mana-mana set filem yang pernah saya lihat.”

Sementara itu beberapa gambar terbaru dari episod ketiga Obi-Wan Kenobi telah didedahkan kepada umum. Anda boleh lihatnya dibawah:

Obi-Wan Kenobi diterajui Ewan McGregor yang kembali mengulangi watak ikonik Jedi Master Obi-Wan Kenbobi. Dia turut disertai

Moses Ingram (The Queen’s Gambit), Joel Edgerton (Star Wars: Episod II – Attack of the Clones, Star Wars: Episod III – Revenge of the Sith), Bonnie Piesse (Star Wars: Episod II – Attack of the Klon, Star Wars: Episod III – Revenge of the Sith), Kumail Nanjiani (Eternals), Indira Varma (Game of Thrones), Rupert Friend (Homeland), O’Shea Jackson Jr. (Godzilla: King of the Monsters), Sung Kang (F9: The Fast Saga), Simone Kessell (Of Kings and Prophets), dan Benny Safdie (Uncut Gems).

Kisah siri ini bermula 10 tahun selepas peristiwa dramatik Star Wars: Revenge of the Sith di mana Obi-Wan Kenobi menghadapi kekalahan terbesarnya – kejatuhan dan pengkhianatan rakan baiknya, yang juga perintis Jedi, Anakin Skywalker, yang beralih ke sisi gelap sebagai Sith Lord Darth Vader.  

Siri terhad ini diterbitkan oleh Kathleen Kennedy, Michelle Rejwan, Deborah Chow, Ewan McGregor, dan Joby Harold manakala Deborah Chow sebagai pengarah dari lakon layar yang ditulis oleh Joby Harold.

Obi-Wan Kenobi kini boleh di strim di Disney+ Hotstar


Related posts

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Kdrama Balas Dendam Terbaru The Impossible Heir Akan Tayang Di Disney+ Hostar Pada Februari Ini

Kakimuvee

5 Oppa K-Drama Menawan Untuk Diimpikan Pada Krismas Ini

Kakimuvee