Berita

Ewan McGregor Bintangi Filem PINOCCHIO Arahan Guillermo Del Toro

Views

Disney sedang membangunkan filem live action Pinocchio dengan Robert Zemeckis bertindak sebagai pengarah dari skrip yang ditulis oleh Chris Weitz. Setakat ini tarikh tayangan masih tidak dinyatakan, tetapi terdapat desas-desus ia mungkin akan ditayangkan di Disney+.

Namun, filem terbitan Disney itu akan bersaing dengan filem bertajuk sama yang sedang diusahakan Guillermo del Toro dan akan dilancarkan di Netflix.

Pinocchio versi del Toro ini telah diusahakan sejak tahun 2008, dengan Gris Grimly dan Mark Gustafson pada asalnya diberi tanggungjawab untuk mengarah. Del Toro mengambil alih pada tahun 2012, dan ketika filem animasi gerak henti musikal ini hampir gagal pada tahun 2017 kerana kekurangan dana, Netflix memperoleh hak filem setahun kemudian, dan menetapkan tayangan pada 2021.

Pada konvensyen maya ACE Universe baru-baru ini, pelakon Obi-Wan Kenobi, Ewan McGregor mendedahkan bahawa dia membintangi filem Pinocchio versi Del Toro dengan membawa suara Jiminy Cricket.

“Saya membawa peranan Jiminy Cricket dalam Pinocchio versi Guillermo del Toro,”

“Saya sudah mula bekerja sebelum saya berangkat ke New York, jadi beberapa bahagian telah dirakam. Sudah tentu, filem ini adalah animasi gerak henti, jadi mereka memerlukan masa yang lama untuk membuat filem . Tetapi bahagian pertama saya, iaitu rakaman dialog, sudahpun selesai.”

Ditulis secara bersama dan diarahkan oleh del Toro, Pinocchio juga dibintangi Ron Perlman, Tilda Swinton, Christoph Waltz, dan David Bradley.

Tinggalkan Balasan

shares