Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Ewan McGregor Akan Kembali Membawakan Watak Obi-Wan Kenobi Untuk Siri Terbaru Star Wars

Pelakon Ewan McGregor dilaporkan akan kembali memainkan peranannya sebagai Obi-Wan Kenobi dalam siri ‘live action’ Star Wars di Disney+. Menurut dari laman Cinelinx (Deadline dan The Hollywood Reporter turut mengesahkan), pelakon tersebut kini sedang berunding dengan Lucasfilm untuk projek terbaru itu.

McGregor telah melakonkan watak Obi-Wan dalam trilogi prekuel Star Wars hampir dua dekad yang lalu. Penampilan terakhirnya menerusi filem Revenge of the Sith yang diterbitkan apda 2005. Pelakon itu juga turut meminjamkan suara semasa babak bayangan “Force” Rey dalam filem The Force Awakens.

Selain itu juga, McGregor sering menyatakan hasratnya untuk kembali meneruskan watak Jedi Master itu.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut mengenai siri terbaru yang melibatkan karakter Obi-Wan. Walaupun terdapat beberapa novel dan komik Star Wars yang menceritakan kehidupan Obi-Wan semasa di Tatooine diantara Episodes III dan IV, halatuju siri terbaru ini terletak pada barisan kreatif Lucasfilm.

Disney+ kini memiliki dua siri ‘live action’ Star Wars iaitu The Mandalorian dan siri yang melibatkan karakter Cassian Andor (masih belum mempunyai tajuk). Mungkin di Expo D23 akan datang, peminat dapat mengentahui dengan lebih lanjut mengenai siri yang melibatkan karakter Obi-Wan.

Related posts

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Netflix & Riot Game Umum Musim Kedua ‘ARCANE’

Kakimuvee

Strim DUNE Di HBO GO Mulai 2 Disember

Kakimuvee

Keanu Reeves Tidak Mahu Neo & John Wick Dijadikan Karakter Dalam Permainan Video Mortal Kombat

Kakimuvee

[VIDEO] Prolog ‘Jurassic World Dominion’ Membawa Peminat Kembali 65 Juta Tahun Yang Lalu

Kakimuvee

Leave a Comment