Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

“Evil Dead 4” Akan Memulakan Penggambaran Tahun Ini

Penggambaran filem keempat “Evil Dead” akan bermula tahun ini. Pekara tersebut didedahkan sendiri oleh bintangnya, Bruce Campbell.

Aktor itu, yang terkenal dengan peranan ikonik Ash Williams, mendedahkan bahawa dia akan pergi ke New Zealand untuk menjalani penggambaran. Negara Kiwi itu sebelum ini menjadi lokasi penggambaran filem spin-off “Ash vs Evil Dead”.

Campbell bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai filem akan datang. 

Pengarah filem seram “The Hole in the Ground”, Lee Cronin diberi tanggungjawab untuk mengarahkan filem keempat ini, manakala Sam Raimi berfungsi sebagai penerbit. Menurut sumber, Cronin dipilih sendiri oleh Raimi untuk menggantikan tempatnya sebagai pengarah.

“Evil Dead” membuat debut pada tahun 1981 dan merupakan sebuah filem seram berbajet rendah arahan Sam Raimi. Ia mengisahkan sekumpulan remaja yang secara tidak sengaja memanggil tentera ‘Deadites’ ketika bercuti di sebuah kabin terpencil.

Kejayaan filem pertama telah mewujudkan dua sekuel iaitu “Evil Dead 2” pada tahun 1987 – di mana ia mengubah Ash Williams menjadi watak ikonik dengan tangan kiri yang kudung, dan filem “Army of Darkness” pada tahun 1992 yang menggunakan unsur-unsur penggembaraan masa, dan mambawa Ash berjuang menentang ‘undead’ pada Zaman Pertengahan.

Ketiga-tiga filem “Evil Dead” diarahkan Sam Raimi, dan kejayaannya turut mewujudkan empayar media seperti permainan video, siri komik, siri televisyen dan juga ‘remake’ filem pada tahun 2013.

Related posts

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee

[VIDEO] Klip Terbaru “The Batman” Papar Pertelingkahan Yang Mendebarkan

Kakimuvee

“Knives Out 2” Akan Membuat Debut Di Netflix Pada Musim Luruh 2022

Kakimuvee

Mary Elizabeth Winstead Sertai Siri Terhad “Star Wars: Ahsoka”

Kakimuvee

Jumlah Penonton “Daredevil” Di Netflix Melonjak Susulan Tayangan “Spider-Man: No Way Home” & “Hawkeye”

Kakimuvee

‘Deleted Scene’ “Hawkeye” Bocor Di Media Sosial, Menampilkan Kingpin & Clint Barton Sewaktu Kecil

Kakimuvee